1. Polisi
    Sebagai sebuah projek kebangsaan yang berprofil tinggi, MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan warga kerjanya sangat komited kepada standard etika dan tatalaku di pejabat. MRT Corp juga komited untuk memberi maklumat dan fakta yang tepat, sebagai panduan kepada Lembaga Pengarah, Barisan Pengurusan, pemegang-pemegang saham dan pihak berkepentingan yang lain dalam membuat keputusan.
    MRT Corp perlu mengekalkan sebuah tempat kerja yang mengamalkan pentadbiran korporat yang baik dan menjunjung integriti dalam semua aktiviti-aktiviti operasi dan urusan perniagaannya. Untuk mencapai objektif ini, Syarikat menggalakkan semua pihak yang berkepentingan dan warga kerjanya untuk melaporkan segala kejadian salahlaku atau yang disyaki berlaku, yang melibatkan warga kerja MRT Corp dan aset-asetnya.

     

  2. Objektif
    Polisi ini memberi satu saluran untuk warga kerja dan pihak berkepentingan di MRT Corp untuk mendedahkan salahlaku atau penyelewengan, selaras dengan prosedur-prosedur yang terdapat dalam polisi ini, dan untuk memberi perlindungan kepada warga kerja dan pihak berkepentingan yang membuat dakwaan.

     

  3. Skop Polisi
    Tujuan utama polisi ini adalah untuk mentadbir proses membuat laporan dan pengendalian salahlaku di MRT Corp. Polisi ini tidak menggantikan polisi Syarikat yang sedia ada dalam mengendalikan rungutan dan aduan daripada warga kerja, yang ditadbir oleh bahagian Strategik Sumber Manusia.
    Salahlaku bermaksud tidak terhad kepada penyalahgunaan kuasa, membuat laporan penipuan maklumat kewangan, penipuan sebenar atau yang disyaki, salah nyataan, menyembunyikan maklumat atau fakta dengan niat untuk menipu, pelanggaran undang-undang dan peraturan, membahayakan warga kerja atau mengkrompomi kesihatan dan keselamatan awam, pelanggaran polisi-polisi Syarikat, mengambil atau memberi sogokan, rasuah, keistimewaan, kesalahan jenayah dan memeras ugut.
    Senarai di atas adalah tidak lengkap dan merangkumi semua perbuatan yang menjadi salahlaku seperti yang tertakluk dalam Kod Etika MRT dan Amalan Perniagaan atau kesalahan jenayah di bawah undang-undang relevan yang berkuatkuasa.

     

  4. Membuat Laporan dengan Niat Baik
    Tujuan utama polisi ini adalah untuk mentadbir proses membuat laporan dan pengendalian salahlaku di MRT Corp. Polisi ini tidak menggantikan polisi Syarikat yang sedia ada dalam mengendalikan rungutan dan aduan daripada warga kerja, yang ditadbir oleh bahagian Strategik Sumber Manusia.
    Salahlaku bermaksud tidak terhad kepada penyalahgunaan kuasa, membuat laporan penipuan maklumat kewangan, penipuan sebenar atau yang disyaki, salah nyataan, menyembunyikan maklumat atau fakta dengan niat untuk menipu, pelanggaran undang-undang dan peraturan, membahayakan warga kerja atau mengkrompomi kesihatan dan keselamatan awam, pelanggaran polisi-polisi Syarikat, mengambil atau memberi sogokan, rasuah, keistimewaan, kesalahan jenayah dan memeras ugut.
    Senarai di atas adalah tidak lengkap dan merangkumi semua perbuatan yang menjadi salahlaku seperti yang tertakluk dalam Kod Etika MRT dan Amalan Perniagaan atau kesalahan jenayah di bawah undang-undang relevan yang berkuatkuasa.

     

  5. Perlindungan daripada Tindak Balas
    MRT Corp melihat tindak balas terhadap Pemberi Maklumat sebagai sesuatu yang serius. MRT Corp memberi jaminan, Pemberi Maklumat akan dilindungi daripada sebarang tindak balas disebabkan laporan yang dibuat kepada pegawai atas, pengurus atau ketua bahagian.
    MRT Corp juga memberi jaminan, tiada tindakan disiplin akan diambil terhadap Pemberi Maklumat dengan syarat maklumat yang diberi adalah tepat, berdasarkan fakta dan tiada elemen niat jahat.

     

  6. Kerahsiaan
    Semua aduan yang dilaporkan kepada MRT Corp akan dirahsiakan. Maklumat hanya akan didedahkan apabila perlu yang disertakan dengan kebenaran secara bertulis daripada Jawatankuasa Pemberi Maklumat yang terdiri daripada Pengerusi dan Ahli Lantikan oleh Lembaga Pengarah.
    Identiti Pemberi Maklumat tidak akan didedahkan melainkan undang-undang memerlukannya.

     

  7. Melaporkan Salahlaku
    • Pemberi Maklumat harus membuat laporan secepat mungkin ke atas kejadian salahlaku atau yang disyaki.
    • Aduan yang dibuat mesti dibuat secara bertulis, dihantar dengan tangan, melalui pos atau emel, untuk memastikan isu-isu yang dibangkitkan adalah jelas. Laporan perlu diletakkan di dalam sampul surat jika dihantar melalui pos, dengan “Private and Confidential” ditulis di luar sampul, dan beralamatkan kepada:

      Pengerusi Jawatankuasa Pemberi Maklumat
      Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd
      Level 5, Menara I&P 1
      46 Jalan Dungun
      Bukit Damansara
      Kuala Lumpur

       
    • Untuk membantu Jawatankuasa Pemberi Maklumat dalam memberi respons kepada penyiasatan terhadap kejadian salahlaku atau yang disyaki, aduan haruslah dibuat berdasarkan fakta dan bukan bersifat spekulatif, dan mengandungi sebanyak maklumat terperinci yang boleh untuk proses penilaian yang sewajarnya terhadap sifat, takat dan samada tindalan serta-merta diperlukan bagi perkara yang menjadi subjek aduan.
    • Penyiasatan tidak akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pemberi Maklumat jika suatu aduan itu mengandungi maklumat yang tidak spesifik tentang salahlaku yang didakwa, atau tidak jelas, dan tidak mempunyai sokongan bukti yang sah.
    • Sehubungan itu, pengadu harus sedaya boleh, memberikan maklumat yang berikut:
    • kejadian yang didakwa berlaku, perkara atau isu yang menjadi subjek aduan;
    • nama kepada setiap orang yang terlibat;
    • jika aduan melibatkan kejadian atau kejadian-kejadian yang spesifik, anggaran tarikh dan lokasi setiap kejadian; dan
    • segala maklumat tambahan, dokumentasi atau bukti lain yang boleh disediakan untuk menyokong aduan.
    • Pengerusi Jawatankuasa Pemberi Maklumat yang menerima aduan akan memberitahu pengadu dan mengakui penerimaan aduan. Semua aduan seterusnya akan disiasat.
    • Pada penutupan penyiasatan, jika Jawatankuasa Pemberi Maklumat membuat keputusan bahawa suatu salahlaku itu telah berlaku; langkah pembetulan yang sewajarnya akan diambil terhadap kesalahan tersebut dengan pihak yang dituduh yang setimpal dengan keseriusan salahlaku seiring dengan Kod Etika dan Amalan Perniagaan.
    • Setiap penyiasatan akan dibentangkan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah yang mempunyai kuasa untuk memastikan pelaksanaan Polisi Pemberi Maklumat yang berkesan ke atas laporan-laporan yang memerlukan perhatian dan kelulusannya.
    • Pemberi Maklumat akan diberitahu tentang hasil siasatan yang dicapai.

     

  8. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010
    • Jika terdapat percanggahan dengan Akta Pemberi Maklumat 2010, Akta akan diguna pakai.

     


 

Kembali ke Atas

 
Hak Cipta © 2017 Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd(902884V). Semua Hak Terpelihara.