EN BM

Maklumat Teknikal

LALUAN MRT SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA

JAJARAN BERTINGKAT

JAJARAN bertingkat Laluan SSP akan dibina di atas jejambat yang terletak di atas tiang. Ketinggian jejambat bergantung kepada pelbagai faktor seperti bentuk muka bumi di kawasan tersebut dan sama ada ia perlu merentasi jalan raya.

Besarkan Imej

TEROWONG

JAJARAN bawah tanah Laluan SSP akan dibina di dalam terowong. Terowong akan dibina menggunakan mesin pengorek terowong dan juga kaedah gali-dan-timbus. Kedalaman terowong bergantung kepada faktor-faktor seperti sama ada ia perlu mengelakkan apa-apa struktur bawah tanah dan keadaan geologi.

Besarkan Imej

Informasi Operasi

Operasi

Waktu operasi 6:00pagi – 12:00 tengah malam
Kekerapan tren Satu tren setiap 200 saat
Tempoh Perjalanan (Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral) 84 minit
Tempoh perjalanan dari Putrajaya Sentral ke Ampang Park 46 minit

Ciri-ciri Teknikal

Tren Elektrik

Bilangan penumpang setiap tren: 1,200
Bilangan set tren: 58
Bilangan gerabak setiap tren: 4
Kelajuan maksimum (km sejam) 100
Kawalan operasi tren Tren tanpa pemandu dikawal dari Pusat Kawalan Operasi


Sistem Kutipan Tambang

Jenis sistem Sistem Tambang Automatik (AFC) yang menggunakan token dan kad elektronik
Penjualan tiket Mesin untuk penjualan tiket dan penambahan nilai
Struktur tambang Tambang yang berpatutan
Integrasi tiket Boleh digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan awam yang lain dan disepadukan dengan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu SPAD


Kemudahan Orang Kurang Upaya

Pergerakan - Blok sentuh untuk membantu orang kurang upaya penglihatan
- Tanjakkan
- Butang lif yang rendah untuk pengguna kerusi roda
- Braille untuk butang lif
Kaunter Kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda
Tandas Tandas mesra OKU


Semboyan dan Kawalan Tren

Sistem perlindungan tren Sistem Perlindungan Tren Automatik
• Membolehkan pengesanan dan kawalan tren berterusan
• Sistem kuncipanca untuk mengelakkan pergerakkan tren yang bercanggah
Sistem operasi tren Sistem Operasi Tren Automatik
• Membolehkan pengoperasian tren secara automatik
• Memastikan kelajuan tren yang selamat
• Memastikan prosedur membrek yang selamat
• Membuka dan menutup pintu tren secara auotmatik
Sistem pengawasan tren Sistem Pengawasan Tren Automatik
• Membolehkan kawalan dan pengawasan tren bersepadu
• Mengawal perjadualan dan mengenalpasti laluan tren secara automatik
• Membolehkan pengesanan tren


Landasan

Jenis landasan Dikimpal secara berterusan tanpa celah antara rel
Kawalan tahap hingar dan gegeran dari landasan Reka bentuk terkini untuk memastikan tahap hingar dan gegaran yang rendah semasa tren beroperasi


Bekalan Kuasa

Sumber Bekalan daripada Tenaga Nasional Bhd melalui Pencawang Masuk Utama
Kuasa tarikan untuk tren Bekalan melalui Pencawang Kuasa Tarikan yang dibina untuk Projek
Bekalan kuasa kecemasan Bekalan kuasa tidak terganggu selama satu sampai dua jam ketika gangguan atau bekalan tidak stabil

CIRI-CIRI KESELAMATAN

MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) direkabentuk menepati piawaian antarabangsa dan amalan terbaik, serta mematuhi peraturan-peraturan keselamatan Malaysia, untuk keselamatan dan evakuasi ketika kebakaran.

Ciri-ciri keselamatan di stesen

  • Stesen mempunyai kakitangan
  • Sistem kawalan keselamatan
  • Diawasi dengan menggunakan kamera litar tertutup
  • Telefon bantuan untuk kegunaan penumpang
  • Terang
  • Dipasang dengan alat pengesan asap/api
  • Sistem pengumuman awam untuk pengumuman kecemasan

Ciri-ciri keselamatan di dalam tren

  • Interkom untuk penumpang menghubungi Pusat Kawalan Operasi
  • Kamera Litar Tutup di dalam tren
  • Sistem pengumuman awam dalam tren untuk pengumuman kecemasan
  • Prosedur evakuasi penumpang semasa kecemasan

Keselamatan landasan

  • Orang tidak berkenaan dilarang masuk
  • Rel pembekal tenaga dilindungi rapi
  • Laluan pejalan kaki kecemasan yang selamat bersebelahan dengan tren yang digunakan untuk evakuasi tren

TAHAP HINGAR

GARIS PANDUAN JABATAN ALAM SEKITAR
BERKENAAN BUNYI BISING PERSEKITARAN

Jadual 5

HAD BUNYI BISING BAGI KERETAPI & TRANSIT
(PEMBANGUNAN BARU & PENJAJARAN SEMULA)
KATEGORI
PENGGUNAAN TANAH
LAeq
07:00 > 22:00
LAeq
22:00 > 07:00
LMAX
Kawasan Sensitif Bunyi Bising, Kawasan Kediaman Berkepadatan Rendah 60 dBA 50 dBA 75 dBA
Kawasan Kediaman Pinggir Bandar & Bandar 65 dBA 60 dBA 80 dBA
Zon Perniagaan Komersil 70 dBA 65 dBA 85 dBA
Zon Perindustrian 75 dBA 65 dBA Tidak Berkenaan


BAGI kawasan di mana tahap bunyi telah mengatasi had, JAS akan menentukan had yang akan dibenarkan.

LAeq Paras bunyi setara berterusan
LMAX Paras bunyi maksimum, digunakan untuk mengukur tahap bunyi maksimum dalam satu jangka masa ataupun sesuatu kejadian yang menghasilkan bunyi
dBA Desibel, unit untuk mengukur intensiti bunyi

 

Top