EN BM

Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang - Putrajaya

LALUAN MRT SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA

Projek MRT Lembah Klang

PROJEK MRT Lembah Klang (KVMRT) melibatkan pembinaan jaringan rel bandar dengan tiga laluan.

Laluan-laluan MRT bersama sistem rel bandar yang sedia ada, akan menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembang Klang.

Projek MRT Lembah Klang merupakan satu Projek Penggerak Ekonomi dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. ETP dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri.

Laluan MRT pertama yang dilaksanakan adalah MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) dengan jarak 51km. Pembinaan jajaran ini telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011.

LALUAN SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA(LALUAN SSP)

LALUAN MRT SSP adalah laluan MRT kedua yang akan dibangunkan.

Laluan ini akan memberi perkhidmatan kepada penduduk di koridor yang mempunyai lebih kurang 2 juta penduduk dari Sungai Buloh ke Putrajaya, dan merangkumi Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.

Laluan yang dicadangkan mempunyai jarak 52.2km di mana 13.5km berada di bawah tanah. Sebanyak 37 buah stesen, termasuk 11 stesen bawah tanah, akan dibina.

Apabila beroperasi pada suku kedua 2022, Laluan SSP dijangka akan mencatat 529,000 penumpang sehari. Ini dijangka akan terus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui Kuala Lumpur.

GARIS MASA PROJEK

BERIKUT adalah garis masa untuk pembangunan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) yang memaparkan titik ukur kemajuan Projek.

Statistik Jajaran

PROSES KELULUSAN PROJEK KERETAPI

PROSES KELULUSAN PROJEK KERETAPI

  • 1
  • TINDAKAN OLEH PENCADANG PROJEK

    Cadangan skim keretapi oleh kerajaan ataupun sektor swasta

  •  
  • 2
  • TINDAKAN OLEH SPAD

    Penilaian oleh kerajaan

    Persembahan untuk kelulusan
    Majlis Ekonomi Negara

    Pembentangan untuk kelulusan Jemaah Menteri

    Cadangan skim keretapi dengan “jajaran pilihan” dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk kelulusan sementara

    Cadangan skim keretapi dipamerkan kepada orang awam selama 3 bulan

    Cadangan skim keretapi dengan maklum balas orang ramai dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk kelulusan muktamad

  •  
  • 3
  • TINDAKAN OLEH PEMILIK PROJEK

    Pemilik projek yang dilantik meneruskan pembangunan projek

 

Top