EN BM

Manfaat

LALUAN MRT SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA

BAGAIMANA MRT MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA

  • MRT MEMUDAHKAN PERJALANAN

    · Perjalanan ke pusat bandar tanpa tekanan
    · Tiada lagi masalah mencari parkir di destinasi
    · Pertukaran mudah antara semua perkhidmatan rel
    · Pembayaran bebas tunai
    · Kemudahan bas perantara ke stesen permulaan dan ke destinasi akhir

  • MRT MERANGSANG EKONOMI

    · Sistem perhubungan yang cekap menjana aktiviti perniagaan
    · Sistem pengangkutan yang baik menjadi pemangkin kepada pembangunan hartanah
    · Akses yang baik akan menaikkan harga hartanah dan kadar sewa
    · Infrastruktur pengangkutan yang baik memacu pembangunan semula bandar
    · Produktiviti akan meningkat dengan mobiliti yang baik

  • MRT ADALAH SELAMAT

    · Perjalanan menggunakan rel jauh lebih selamat berbanding perjalanan di atas jalan raya
    · Pemantauan keselamatan secara berterusan di keseluruhan sistem

  • MRT MENJIMATKAN PERBELANJAAN ANDA

    · Menggunakan MRT adalah lebih menjimatkan berbanding memandu kereta sendiri
    · Kenaikan harga petrol tidak menjejaskan kos pengangkutan anda
    · Tiada caj parkir kereta di destinasi anda
    · Mengurangkan haus dan lusuh kenderaan; ia tahan lebih lama

  • MRT MENGURANGKAN KESESAKAN

    · MRT boleh membawa jumlah orang yang ramai
    · Ia tidak dihalang oleh kesesakan lalulintas
    · Ia boleh mengurangkan bilangan kenderaan di jalan, lalu membantu pengangkutan awam bermotor

  • MRT LEBIH MESRA ALAM

    · Pengangkutan awam adalah mod pengangkutan yang lebih efisyen
    · Pengangkutan awam menggalakkan pembangunan mampan
    · Pengurangan kenderaan di jalan akan membawa kepada udara yang lebih bersih
    · Pengangkutan rel memerlukan ruang tanah yang kurang berbanding jalan raya

Top