Stesen di Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang
Senarai Stesen MRT

Stesen Video

Stesen MRT

LALUAN MRT Sungai Buloh-Kajang akan mempunyai 31 stesen. Tujuh daripada stesen ini merupakan stesen bawah tanah manakala 24 stesen adalah stesen bertingkat. Stesen MRT direka bentuk untuk memberikan pengalaman yang baik kepada penumpang dari segi estetik dan perjalanan yang selamat. Pada masa yang sama, reka bentuk stesen perlu membolehkan penggunaan stesen yang efisien.





Stesen Bertingkat


Gambaran pelukis Stesen MRT Bandar Utama. Reka bentuk kesemua stesen bertingkat diilhamkan oleh konsep wakaf.

Seni bina stesen-stesen bertingkat di sepanjang laluan MRT Sungai Buloh-Kajang adalah berdasarkan konsep wakaf. Wakaf merupakan sebuah struktur binaan tradisional Malaysia yang dibina sebagai tempat berhenti dan berehat untuk pengembara pada masa dahulu. Seperti wakaf tradisional, stesen-stesen bertingkat MRT adalah terbuka supaya dapat diterangi cahaya semula jadi dan mempunyai aliran udara yang baik.

Lihat Video Pembinaan Stesen Bertingkat 


Stesen Bawah Tanah

KONSEP reka bentuk stesen bawah tanah adalah berdasarkan Rabung Kuarza Genting Klang. Ciri kuarza yang mempunyai banyak permukaan dan juga kesan pantulan cahaya yang pelbagai warna mencerminkan penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Setiap stesen bawah tanah juga mempunyai tema reka bentuk sendiri yang akan mencerminkan lokasi dan persekitaran unik stesen tersebut.


Gambaran pelukis pintu-pintu masuk ke Stesen MRT Muzium Negara di hadapan Muzium Negara.

Tema untuk Stesen MRT Merdeka adalah "Kemerdekaan" yang ditonjolkan dalam reka bentuk dalaman stesen.

Lihat Video Pembinaan Stesen Bawah Tanah 





Gambaran pelukis tingkat ruang legar untuk Stesen MRT Muzium Negara.
 
 

Kemudahan Stesen

Semua stesen akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti eskalator, lif, pusat kihdmat pelanggan, mesin tiket, tandas, bilik solat dan telefon awam. Stesen-stesen juga akan mempunyai kemudahan untuk orang kurang upaya seperti lif dan ramp, panduan sentuhan dan jalur-jalur amaran di sepanjang laluan pejalan kaki dan platform.

Lebih daripada 8,000 tempat letak kereta akan disediakan di stesen-stesen MRT tertentu. Kebanyakan stesen di luar pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan mempunyai perkhidmatan bas-bas pengantara. Stesen-stesen akan mempunyai tempat untuk menurunkan penumpang, sementara laluan pejalan kaki bertutup akan dibina untuk membolehkan orang ramai berjalan ke stesen dengan selesa dan selamat.

 

 

 

Senarai Stesen MRT Stesen Video

 




Kembali ke Atas

 
Hak Cipta © 2017 Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd(902884V). Semua Hak Terpelihara.