PROGRAM USAHAWAN MUDA MRT (MYEP)

Program Usahawan Muda MRT (MYEP) adalah satu program usahasama oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia yang bakal menyaksikan graduan Bumiputera untuk menjadi kontraktor muda.

Semua peserta-peserta yang terpilih akan menjalani latihan intensif dan praktikal selama setahun di mana mereka akan memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjadi usahawan dalam industri pembinaan.

Semasa latihan diadakan, penilaian-penilaian akan dijalankan dan calon yang berjaya hendaklah menubuhkan syarikat dengan bantuan dari CIDB/PUNB untuk memperolehi kontrak di bawah Projek MRT.

Kumpulan pertama MYEP telah diambil pada tahun 2013 semasa pembinaan Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK). 20 peserta telah berjaya menamatkan program dan membentuk 13 syarikat yang kemudiannya dianugerahkan kontrak oleh Kontraktor Pakej Kerja (WPC) Laluan SBK.

60 graduan muda akan dipilih untuk kumpulan yang kedua, MYEP2.

Objektif:

  • Untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan bagi bakal graduan dengan latar belakang teknikal dalam perniagaan berkaitan.
  • Untuk memberikan pengalaman perniagaan dan pendedahan dalam pelaksanaan projek kepada peserta-peserta.
  • Untuk merangka pelan strategi penglibatan Bumiputera di dalam Projek-projek Kerajaan.
  • Untuk memberi peluang dalam menceburi industri pembinaan.

Kelayakan:

  • Terbuka kepada bekas 'Siswazah baru' dan aktif 'Usahawan Siswazah'.
  • Bilangan graduan setiap projek Kumpulan (Syarikat) yang maksimum adalah 3 individu
  • Sebuah syarikat yang akan ditubuhkan sebagai pemilik tunggal, perkongsian atau Syarikat Sendirian Berhad.
  • Kelayakan minimum akademik yang diperlukan adalah peringkat diploma.

Permohonan bagi MRT Young Entrepreneur Program II (MYEP2) kini telah TAMAT!

 

Kembali ke Atas

 
Hak Cipta © 2017 Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd(902884V). Semua Hak Terpelihara.