November
07 November 2017
MRT CORP MENANG ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI 2017

 

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah berjaya menjadi Pemenang Utama Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2017 berdasarkan peranannya sebagai “Ikonografi Tadbir Urus Pengurusan Projek Ideal”.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato' Sri Shahril Mokhtar bersama Pengarah Komersial dan Pengurusan Tanah, Dato' Haris Fadzilah Hassan dan Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal-Ehwal Pihak Berkepentingan Dato' Najmuddin Abdullah telah menerima anugerah tersebut bagi pihak MRT Corp.

 

Anugerah yang berupa wang RM1 juta, trofi dan sijil ini telah diterima daripada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa Majlis AIPM 2017 yang berlangsung pada 7 November 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

 

AIPM yang dianjurkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sejak 2009 ini merupakan anugerah terunggul sektor awam yang mengiktiraf penghasilan inovasi berimpak tinggi yang menyumbang kepada kepentingan rakyat dan negara.

 

Pengiktirafan berprestij ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meneruskan pecutan produktiviti ke arah pencapaian visi negara maju berpendapatan tinggi dan transformasi nasional yang menyeluruh.

Tadbir urus penilaian AIPM dilaksanakan melalui dua peringkat jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Pemilihan dengan keahlian terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi kerajaan, individu-individu terkemuka merentasi sektor swasta, akademia dan badan bukan kerajaan (NGO).  

Penilaian pemenang adalah berdasarkan kepada 4 kriteria utama; kreativiti, keberkesanan, relevan dan signifikan serta mengambil kira empat prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu impak positif yang tinggi, kos yang minimum, pelaksanaan pantas dan perubahan yang mampan.

Sejumlah 111 penyertaan telah diterima bagi edisi AIPM 2017 di mana 9 calon disenarai pendek untuk di bawa ke Jawatankuasa Pencalonan di mana lima finalis pula diputuskan.


02 November 2017
MRT CORP PEMENANG PUTRA BRAND AWARDS 2017

IA merupakan malam yang berprestij untuk MRT Corp apabila memenangi Gangsa semasa majlis Putra Brand Awards 2017 yang diadakan di Hotel Majestic pada 2 November 2017.

Pengarah Komersial dan Pengurusan Tanah MRT Corp Dato’ Haris Fadzilah Hassan telah menerima anugerah itu bagi pihak MRT Corp yang menang dalam kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan

Majlis tersebut bermula dengan ucapan pembukaan oleh Presiden Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) Encik Andrew Lee diikuti oleh penyampaian cenderahati kepada para penaja majlis.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Ir Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros kemudiannya memberikan ucapaan sebelum menjemput para hadirin untuk menjamu selera yang diikuti oleh penyampaian anugerah. 
 
Dilancarkan pada tahun 2010, Putra Brand Awards merupakan inisiatif 4As untuk mengiktiraf jenama tempatan dan antarabangsa.
 

Anugerah ini disahkan oleh MATRADE dan disokong oleh Persatuan Penjenamaan Malaysia (BAM), Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA) dan Persatuan Pakar Media (MSA).

 

Dengan menggunakan kaedah penyelidikan pengguna tegar, seramai 6000 para pengguna di Malaysia terlibat dalam menentukan jenama kegemaran Malaysia di dalam pelbagai kategori melalui platform digital.

 

Soal selidik ini meneroka pilihan dalam prestasi jenama berdasarkan empat faktor; tanggapan jenama, niat untuk membeli produk jenama berkenaan, jenama pilihan terpaksa dan juga jenama yang disyorkan oleh para responden kepada rakan mereka.

 

Secara keseluruhannya, ia merangkumi perkaitan, keyakinan, pembezaan dan pertumbuhan jenama-jenama ini.

 

Terdapat 24 kategori terdiri daripada pakaian, peranti komunikasi, pembangunan hartanah dan sebagainya telah dikaji selidik yang mana setiap kategori dianugerahkan dengan Emas, Perak dan Gangsa.


01 November 2017
DATUK BANDAR PETALING JAYA MENAIKI MRT

DATUK Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain melawat projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 1 November 2017. Beliau diiringi oleh 17 orang pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Datuk Bandar telah disambut oleh Pengarah Pembinaan Laluan Bertingkat MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Kamarul Baharim Yusoff, Timbalan Pengarah Projek MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd Encik Maslan Othman, Ketua Pegawai Operasi MRT Laluan SBK Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Tuan Haji Muhammad Isom Azis dan Pengurus Besar Pengurusan Kelulusan MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd Encik Muhamad Amran Othman di Stesen MRT Bandar Utama.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh perkhidmatan MRT untuk para pengguna dan juga memperolehi pengetahuan tentang stesen-stesen yang berada di bawah bidang kuasa MBPJ.

Sebuah taklimat berkenaan jejantas Bandar Utama telah diberikan kepada Azizi di stesen ini. Jejantas ini akan menghubungkan stesen dengan pusat membeli-belah yang sedang dibina oleh See Hoy Chan Sdn Bhd.

Dari Stesen MRT Bandar Utama, mereka menaiki tren menuju ke Stesen MRT Mutiara Damansara. Setibanya di sini, mereka berjalan ke jejantas Surian Tower untuk memahami kesalinghubungan stesen tersebut dengan kawasan komersial, iaitu Hotel Royale Chulan dan pusat membeli-belah eCurve.

Selepas melawat Stesen MRT Mutiara Damansara, mereka meneruskan perjalanan ke Stesen MRT Kampung Selamat. Stesen ini merupakan stesen terakhir yang terletak di bawah bidang kuasa MBPJ dalam Laluan SBK

Lawatan ini berakhir setelah mereka menuju ke Stesen MRT Surian untuk makan tengahari di Hameediyah, restoran nasi kandar yang berdekatan dengan stesen tersebut.  


Oktober
19 Oktober 2017
MRT CORP MENERIMA PELAWAT TAIWAN

ENAM BELAS delegasi dari Changhua County Government, Taiwan telah melawat ibu pejabat Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 19 Oktober 2017.

 

Projek MRT adalah sebahagian daripada lawatan delegasi ini ke Malaysia dan Singapura untuk memahami dengan lebih lanjut bagaimana projek keretapi dibina dan dipantau di rantau ini.

 

Sebelum ini, mereka telah melawat Land Public Transport Authority, Singapore untuk mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan awam yang ditawarkan di negara jiran ini.

 

Pengarah Perancangan dan Reka Bentuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) Er Poh Seng Tiok telah mengalu-alukan kedatangan para delegasi dan memberikan taklimat tentang struktur organisasi MRT Corp.  Beliau telah menekankan bahawa MRT Corp bukan sahaja pemilik projek bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) dan Laluan SSP tapi untuk Laluan Lingkaran yang akan datang.

 

Sebagai pemilik projek, Poh juga menjelaskan bahawa organisasi ini hanya boleh menjana pendapatan melalui enam cara iaitu: niaga, pengiklanan, perkhidmatan tempat letak kereta, hartanah, telekomunikasi komersial dan teknologi baru dan acara.

 

Pengurus Kanan Projek I MRT Laluan SBK Encik Peoter Lapinski kemudiannya mengambil alih dan menerangkan tentang struktur tambang perkhidmatan MRT. Beliau memberitahu bahawa Prasarana Malaysia Berhad telah mewujudkan beberapa struktur tambang untuk keperluan berlainan pengguna keretapi.

 

Para delegasi juga telah diberikan maklumat tentang pertukaran berbayar yang wujud dalam perkhidmatan MRT. Maklumat ini telah menarik perhatian mereka.

 

Lawatan ini telah berakhir dengan perjalanan pulang dari Stesen Semantan ke Stesen Cochrane.

 


12 Oktober 2017
MRT CORP MEMENANGI ANUGERAH DI BE INSPIRED AWARDS 2017

IA merupakan hari yang gemilang bagi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) apabila muncul sebagai pemenang anugerah Pemodelan Maklumat Bangunan Kategori Kemajuan dalam Rel dan Transit yang telah disampaikan semasa Be Inspired Awards 2017 diadakan di Marina Bay Sands, Singapura pada 12 Oktober 2017.

 

 

 

Aplikasi teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan digunakan untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).

 

 

Makan malam anugerah merupakan sebahagian daripada Persidangan “Year in Infrastructure 2017” anjuran Bentley Systems yang diadakan dari 10 hingga 12 Oktober 2017 di Marina Bay Sands.

 

Bentley Systems (Bentley) is a software development company that supports the professional needs of those responsible for creating and managing the world’s infrastructure, including roadways, bridges, airports, skyscrapers, industrial and power plants as well as utility networks.

 

Bentley Systems merupakan sebuah syarikat yang memajukan perisian (software) yang memenuhi keperluan profesional yang bertanggungjawab mencipta dan mengurus infrastruktur, termasuklah jalan raya, jambatan, lapangan terbang, bangunan pencakar langit, kilang industri dan janakuasa serta rangkaian utiliti di seluruh dunia.
 

 

 

Satu penyampaian berkenaan aplikasi teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan telah diberikan oleh Timbalan Pengurus Besar Perancangan dan Reka Bentuk MRT Corp Encik Yeap Beow Heng dan Pemodelan Maklumat Bangunan AECOM Malaysia dan Pengarah Eksekutif Pengangkutan Ir Ronan Collins dalam persidangan itu kepada para juri semasa penyampaian finalis.

 

 

 

Dua organisasi lain telah disenarai pendek dalam kategori tersebut adalah China Railway Eryuan Engineering Group Co Ltd dan Jacobs/Zephyr, U.S.A.

 

 

 

Secara keseluruhannya, anugerah tahunan Bentley mempunyai 409 projek yang dicalonkan untuk pelbagai kategori yang terdiri daripada penyertaan dari 52 negara. Tujuan anugerah ini adalah untuk memberi penghargaan kepada pengguna sistem Bentley di atas usaha mereka dalam memajukan reka bentuk infrastruktur, pembinaan dan operasi di seluruh pelusuk dunia.

 

 

 

Memberi ucapan di majlis anugerah itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Sri Shahril Mokhtar berkata, beliau bangga dengan apa yang telah dicapai oleh pasukan beliau. Kerjasama antara MRT Corp, MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dan AECOM adalah kukuh dan kami tidak akan dapat mencapai kejayaan sekiranya tiada usaha sama dari semua pihak yang terlibat.

 


12 Oktober 2017
SK SENTUL UTAMA MELAWAT PUSAT INFORMASI MRT

PELAJAR-PELAJAR tahun enam SK Sentul Utama, Jalan Sultan Azlan Shah telah melawat Pusat Informasi MRT, Jalan Sultan Azlan Shah pada 12 Oktober 2017.

Empat puluh pelajar yang baru sahaja selesai pemeriksaan UPSR telah diiringi empat guru mereka ke fasiliti ini.

Kakitangan Perhubungan Awam dan Pengurusan Pihak Berkepentingan MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd Puan Ijazatul Shima telah menyampaikan sebuah taklimat untuk meningkatkan kesedaran tentang pengangkutan awam di Lembah Klang.

Menitikberatkan perkhidmatan MRT, beliau menerangkan bahawa perkhidmatan ini akan memainkan peranan yang penting untuk pergerakan penduduk di kawasan ini.

Selain itu, beliau telah menganjurkan sebuah sesi kuiz untuk para pelajar.

Lawatan ini berakhir dengan makan tengahari yang disediakan untuk semua hadirin.


09 Oktober 2017
PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MELAWAT PROJEK MRT

DUA kumpulan pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melawat Pusat Informasi MRT, Seri Kembangan pada 9 dan 11 Oktober 2017.

Dua sesi telah diadakan untuk menampung bilangan pelajar yang begitu ramai.

Para pelajar ini telah diketuai oleh Ketua Pusat Penyelidikan Pengangkutan Bandar Mapan UKM Profesor Dr Amiruddin Ismail dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM Ir Dr Mohamed Razuhanafi.

Jurutera Kanan MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd Encik Wong Jin Wah telah menyampaikan taklimat kepada para pelajar tentang teknologi yang digunakan untuk membina MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP). Perkara ini amat menarik minat mereka.

Lawatan ini berakhir dengan sebuah sesi soal jawab.

 


06 Oktober 2017
PROGRAM IKRAR BEBAS – RASUAH MRT CORP

Dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn  Bhd telah menganjurkan Program Ikrar Bebas – Rasuah pada 6 Oktober 2017 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE.

Majlis dimulakan dengan Ceramah Eksekutif oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Dato' Sri Hj Azam Baki yang berkongsi tentang isu rasuah yang berlaku di sektor awam dan swasta di Malaysia.

Ketibaan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama Ahli Lembaga Pengarah MRT Corp, diiringi oleh lagu Negaraku dan diikuti dengan bacaan doa.

Turut hadir termasuklah Barisan Kepimpinan MRT Corp dan seluruh warga kerja MRT Corp.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Sri Shahril Mokhtar telah menyampaikan ucapan pembukaan untuk mengalu-alukan para hadirin yang hadir ke majlis tersebut.

Beliau menyatakan bahawa ia merupakan tanggungjawab syarikat untuk membimbing, memberi nasihat dan mengingatkan semua warga kerja MRT Corp untuk tidak terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan untuk mengelakkan imej negatif kepada syarikat.

Tan Sri Dzulkifli kemudiannya mengambil alih pentas menyampaikan ucapan beliau.

Beliau menyatakan bahawa ikrar tersebut merupakan satu inisiatif yang dimulakan oleh SPRM untuk membendung masalah rasuah yang berlaku di Malaysia.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada MRT Corp di atas pelaksanaan inisiatif-inisiatif anti rasuah syarikat.

Sebagai bukti komitmen MRT Corp untuk membanteras rasuah, warga kerja dan Ahli Lembaga Pengarah diketuai oleh Shahril, melafazkan ikrar antara lain, untuk menolak segala bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan tidak terlibat di dalam sebarang tindakan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam apa-apa urusan berkaitan MRT Corp.

Mereka juga melafazkan ikrar untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi mengelakkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Penandatanganan ikrar menyusul bermula dengan Ahli Lembaga Pengarahdan  diikuti oleh Barisan Kepimpinan. Kedua-duanya disaksikan oleh Dzulkifli dan Azam.

Sebanyak 537 borang pendaftaran telah diserahkan oleh MRT Corp kepada SPRM.

Borang tersebut yang telah diisi oleh warga kerja MRT Corp adalah untuk Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) SPRM yang menjadi pemangkin kepada perubahan dalam masyarakat untuk menolak dan membenci rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Majlis diakhiri dengan minum petang yang telah disediakan untuk para hadirin.


06 Oktober 2017
UJIAN SABUK TALI KERUSI RODA

DALAM usaha untuk memudahkan penggunaan perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT), ahli-ahli Majlis Orang Kurang Upaya telah melawat MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) pada 6 Oktober 2017.

 

 

Matlamat lawatan ini adalah untuk mereka mencuba sabuk tali yang telah dipasang di dalam keretapi Laluan SBK untuk individu berkerusi roda.

 

 

Siemens Malaysia Sdn Bhd (SIEMENS), yang telah dianugerahkan sebagai kontraktor untuk pembinaan tren MRT menghantar wakil mereka untuk menghadiri lawatan ini.  Wakil dari Prasarana Malaysia Berhad turut hadir sebagai pengendali perkhidmatan Laluan SBK.

 

 

Diketuai oleh Ketua Unit Orang Kurang Upaya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Ruzita Mohd Amin, empat individu berkerusi roda telah memberi maklum balas berkenaan sabuk tali tersebut.

 

 

Para delegasi telah menaiki keretapi dari Stesen Kwasa Sentral ke Stesen Taman Suntex dan ini telah memberikan mereka masa yang cukup untuk memberi maklum balas.

 

 

 

Pengarah Projek Metro Klang Valley SIEMENS Encik Patrick Hohenberger telah menyampaikan maklumat kepada delegasi bahawa enam sabuk tali disediakan di dalam setiap tren. Dua pasang sabuk tali akan dipasang di hadapan dan belakang gerabak tren manakala dua gerabak tengah tren akan dipasang sepasang sabuk tali setiap satunya.

 

 

 

Maklum balas dari semua yang terlibat adalah sangat bernilai dan langkah-langkah yang perlu diambil telah dipertimbangkan.

 

 

 

Makan tengah hari telah dihidangkan untuk semua di Stesen Kwasa Sentral di penghujung lawatan ini.

 

 


05 Oktober 2017
SESI UNDIAN BUMIPUTERA BAGI LALUAN SSP YANG KELIMA

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menganjurkan sesi pengundian yang kelima untuk menganugerahkan kontrak-kontrak MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) kepada kontraktor bumiputera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 Oktober 2017.

Lapan kontrak berjumlah RM2 juta telah diundi semasa sesi itu berlangsung, di mana enam daripada lapan kontrak yang dianugerahkan adalah untuk bahagian bawah tanah manakala selebihnya adalah untuk bahagian bertingkat.

Seramai 404 kontraktor daripada kategori Gred 1 hingga Gred 3 telah disenarai pendek untuk anugerah tersebut.

Pengundian telah dijalankan oleh Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Dato’ Haji Mokhtar Samad, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas ‘F’ Malaysia (PERKOBF Malaysia) Encik Tukiman Radion, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Encik Nazli Ahmad Mahyadin, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Encik Hamidon Sajari dan wakil Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Jabatan Perdana Menteri Puan Farisyah Fahmi Mohd Ibrahim.

Sesi pengundian untuk memilih kontraktor bumiputera bagi MRT Laluan SSP akan diteruskan sehingga penyerahan laluan yang dijangka pada tahun 2022.

 

Gred Kontraktor Kontraktor Yang Dianugerahkan Skop Kerja Pakej Kerja
G1 D NAZ HIAZ ENGINEERING & CONSTRUCTION Pembinaan dan Penyiapan Asas Menara Kren di Syaf Pelancaran Bandar Malaysia Utara Bawah Tanah
G1 HASLIM BINA ENTERPRISE Membekal dan Memasang Lembaran Logam pada Parapet sedia ada di Lebuhraya MEX Bertingkat
G1 ZUL KARYA SERVICES Menyediakan Buruh dan Bahan Binaan Untuk Menjalankan Penyelenggaraan Bulanan dan Servis Penyaman Udara di Seri Gembira Avenue Bertingkat
G2 MN POWER SERVICES Pembinaan dan Penyiapan Tangga Kecemasan di Hospital Kuala Lumpur ke Syaf Pelancaran Persilangan Bawah Tanah
G2 H.A.S.JAYA ENTERPRISE Pembinaan dan Penyiapan Tangga Kecemasan di Syaf Pelancaran Titiwangsa Bawah Tanah
G2 SERI BUDIMAN ENTERPRISE Pembinaan Asas Loji Sementara di Syaf Pelancaran Conlay – Fasa 2 Bawah Tanah
G2 KATHS ENGINEERING & CONSTRUCTION Pembinaan Asas Loji Sementara di Syaf Pelancaran Conlay – Fasa 3 Bawah Tanah
G3 ZARL-MAN ENGINEERING SDN BHD Pembinaan dan Penyiapan ‘Muck Pit’ di Syaf Pelancaran Bandar Malaysia Utara Bawah Tanah

September
26 September 2017
TAKLIMAT MEDIA UNTUK PEROBOHAN DAN PEMINDAHAN KUARTERS POLIS SENTUL

SEBUAH taklimat mengenai perobohan dan pemindahan Kuarters Polis Sentul telah dianjurkan untuk media pada 26 September 2017.

Diadakan di tapak Kuarters Polis Sentul itu sendiri, taklimat ini bermula dengan maklumat terkini kemajuan Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) diikuti oleh pembentangan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan untuk perobohan dan pemindahan.

Pihak media juga berpeluang untuk menyaksikan sebuah demonstrasi kaedah perobohan yang digunakan.

Pengarah Projek Laluan SSP Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Dato’ Amiruddin Ma’aris memulakan taklimat dengan berkongsi kemajuan pembinaan keseluruhan Laluan SSP yang berada pada tahap 13.7% dan menepati jadual.

Menurut beliau, kemajuan bahagian bawah tanah adalah di tahap 16.1% dan kerja-kerja mengorek terowong dijangka akan bermula pada suku pertama tahun 2018.

Untuk bahagian bertingkat, Amiruddin memberitahu yang pembinaan telah selesai sebanyak 11.1%.

Amiruddin kemudiannya meneruskan pembentangan dengan menerangkan bahawa bangunan ini perlu dirobohkan kerana asas tapak kuarters berusia 40 tahun ini yang terdiri daripada dua blok 16 tingkat, menghalang laluan terowong Laluan SSP.

Amiruddin berkata 270 keluarga yang menetap di kuarters tersebut kini ditempatkan sementara di pangsapuri Teratai Residence di Setapak sementara menunggu kuarters polis yang baharu di Taman Keramat AU1, dijangka siap pada Disember 2018.

Encik Mohd Fuad Kamal Ariffin, Pengurus Besar, MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT), kontraktor bawah tanah untuk Laluan SSP menambah yang perumahan sementara mereka dibiayai oleh Projek dan mereka diberi bantuan seperti bas sekolah untuk anak-anak ke sekolah yang sudah mereka hadiri.

Dari segi keselamatan, Amiruddin menyatakan proses perobohan ini mengikut piawaian keselamatan yang tertinggi, bermula pada Jun 2017 dan akan selesai menjelang Disember 2017.

Dua kaedah telah digunakan untuk merobohkan bangunan ini, menurut Encik Chris Fenton, Ketua Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar MGKT.

Fenton menerangkan bahawa untuk tiga lantai teratas, bangunan ini dipotong menjadi kepingan menggunakan pemotong berlian dan kemudiannya diturunkan oleh kren.  Setelah lantai ini dialihkan, jentera penghancur pula digunakan untuk merobohkan lantai lain.

Pihak media kemudiannya diberikan sebuah demonstrasi bagaimana jentera penghancur merobohkan lantai.

Sesi soalan dan jawapan menyusul kemudian dan taklimat ini berakhir dengan jamuan ringan.


26 September 2017
HARI CERIA BERSAMA MRT CORP KEDUA

HARI CERIA BERSAMA MRT CORP KEDUA

HARI Ceria Bersama MRT Corp yang kedua dianjurkan oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan rakan pelaksana projeknya, MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd, telah diadakan pada 26 September 2017 di Pusat Informasi MRT Seri Kembangan.

Seramai 9 kanak-kanak berumur dari empat hingga enam tahun dari Orange Montessori Kindergarten House telah menyertai acara ini termasuk dua kanak-kanak autistik.

Acara ini bertujuan untuk mendidik komuniti sekitar kawasan Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) tentang Projek MRT.

Acara bermula dengan tayangan video Laluan SSP diikuti dengan kata-kata aluan oleh Puan Fizliyana Hilda Fahrurrazi, Pengurus Komunikasi Strategik dan Hal-Ehwal Pihak Berkepentingan, MRT Corp.

Kanak-kanak ini kemudiannya menyertai pertandingan mewarna di mana mereka diberikan satu jam untuk menyiapkan tugas ini.  Tiga penyertaan terbaik akan dipilih sebagai pemenang.

Aktiviti bersambung dengan pertandingan menyelesaikan teka-teki di mana kanak-kanak ini membentuk pasukan untuk melengkapkan ia. Kesemua pemenang menerima hadiah dan sijil penyertaan daripada MRT Corp.

Para pemenang pertandingan mewarna adalah:

Pertama: Ahmad Nur Rahmanrizqi bin Hairul Rizal

Kedua: Muhammad Adam Bazheel bin Muhammad Bukhari

Ketiga: Arissa Shariza binti Sharizal

Pemenang-pemenang peraduan menyelesaikan teka-teki ialah:

Pertama: Ahmad Nur Rahmanrizqi bin Hairul Rizal, Arissa Shariza binti Sharizal and Ilham Hadeef bin Rafna Farin

Kedua: Muhammad Adam Bazheel bin Muhammad Bukhari, Zhafran Adyanshah bin Shahrul Affendy, Imaan Izzat bin Azmeer Ariff and Aryan Ariff bin Azmeer Ariff

Ketiga: Ashraf Khalamudeen bin Abdullah and Muhammad Aryan Saeed bin Amruamir

Sementara kegiatan pertandingan ini berlangsung, Pegawai-pewagai Informasi menjalankan aktiviti kuiz untuk menggalakkan penyertaan daripada ibubapa.  Soalan-soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan laluan-laluan Sungai Buloh-Kajang dan SSP.

Salah satu daripada guru tadika, Cik Dhanaletchumy A/P Elliah berkata,”Kanaka-kanak menikmati aktiviti yang dijalankan di sini dan saya sangat gembira dengan komitmen dan penyertaan yang diberi oleh ibubapa dalam menyokong acara ini.”

Dia juga berterima kasih kepada MRT Corp kerana memberikan peluang kepada kanak-kanak keperluan khas untuk melibatkan diri dalam acara ini.


20 September 2017
PESERTA MYEP II MELAWAT DEPOT DI SUNGAI BULOH

PESERTA Program Usahawan Muda MRT II (MYEP II) telah melawat Depot MRT di Sungai Buloh pada 20 September 2017.

Tujuan lawatan ini adalah untuk para peserta program mendapat pengetahuan tentang operasi harian yang berlaku bagi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK).

Ketika lawatan berlangsung, para peserta program dibawa ke Pusat Kawalan Operasi MRT (OCC).

Ketua Jurutera Rel Rapid Rail (Rapid Rail) Sdn Bhd, Encik Ramli Shafie mengalu – alukan kedatangan para peserta ke fasiliti tersebut.

Di sini, beliau memberi pembentangan ringkas mengenai struktur projek bagi perkhidmatan MRT. Beliau turut menerangkan peranan yang dimainkan oleh Rapil Rail dalam operasi harian bagi Laluan SBK.

Selepas pembentangan Ramli, wakil OCC Rapid Rail Encik Muhammad Fahmi membawa para peserta ke dek tinjauan OCC.

Beliau menerangkan bahawa setiap tren dipantau di sini dan individu yang bekerja di OCC akan mengawal tren.

Sebarang pertanyaan mengenai barang-barang ditinggal dan dijumpai yang dibuat oleh penumpang MRT juga akan dipantau dan mereka yang bekerja di OCC akan membantu untuk mencari barang yang dilaporkan hilang.

Lawatan ke depot ini sememangnya bermanfaat kerana para peserta berjaya meningkatkan pengetahuan mereka mengenai Projek. 


19 September 2017
HARI CERIA BERSAMA MRT CORP

TIGA puluh kanak – kanak berusia dari empat hingga sembilan tahun dari tiga tadika di Sri Kembangan telah mengambil bahagian dalam program Hari Ceria Bersama MRT Corp yang pertama pada 19 September 2017.

Tadika-tadika yang terlibat dalam program ini adalah Tadika Bukit Puchong, Tadika Putra Perdana dan Tadika Luqman The Atmosphere.

Bertempat di Pusat Informasi MRT Sri Kembangan, inisiatif ini merupakan usahasama di antara Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) and Rakan Pelaksana Projek untuk Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mendidik kanak – kanak tentang projek MRT dan kepentingan pengangkutan awam.

Memulakan program pada hari tersebut, kanak – kanak ini telah menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan untuk mereka. Mereka diberi masa satu jam untuk melengkapkan pewarnaan tren yang akan digunakan bagi Laluan SSP.

Selepas pertandingan mewarna selesai, acara diteruskan dengan pertandingan susun suai gambar.

Terdiri daripada tiga orang kanak – kanak bagi setiap kumpulan, mereka dikehendaki untuk melengkapkan teka - teki yang menggambarkan imej MRT Stabling Yard.

Pemenang bagi kedua – dua pertandingan tersebut adalah:

Pertandingan Mewarna

Juara: Nur Syafiqah (Tadika Luqman, The Atmosphere)
Tempat kedua:  Zul Iman Nur Islam (Tadika Luqman, The Atmosphere)
Tempat kedua: Dhia Irdina Adni (Tadika Bukit Puchong)
 

Pertandingan Susun Suai Gambar

Juara: Muhammad Zaim Rifqi, Luqman Aqil, Zul Iman Nur Islam (Tadika Luqman, The Atmosphere)

Tempat Kedua: Muhammad Arif Hilman, Muhammad Fathi Danish, Mukhlish Khuzairy (Tadika Luqman, The Atmosphere)

Tempat Ketiga: Damia Imani, Dhia Irdina Adni, Afiqah Batrisyia (Tadika Bukit Puchong)

Pemenang-pemenang pertandingan membawa pulang permainan dari Thomas & Friends serta Set Mesamak Untuk Kanak – Kanak daripada IKEA.

Mengulas mengenai hari itu, guru dari Tadika Luqman The Atmosphere, Puan Siti Zulaiha berkata bahawa “Murid-murid begitu gembira dan menikmati program ini. Ianya merupakan sesuatu yang berbeza dari pembelajaran seharian mereka.” 


14 September 2017
KOLEJ LAILA TAIB MELAWAT STESEN SENTUL TIMUR

SERAMAI 21 pelajar dari Kolej Laila Taib, Sarawak telah melawat Pusat Informasi MRT, Jalan Sultan Azlan Shah pada 14 September 2017.  

Mereka merupakan pelajar diploma tahun ketiga daripada Jabatan Juruukur Bahan dan diiringi oleh Pensyarah Juruukur Bahan, Encik Ding Chu Sheng.

Tujuan lawatan para pelajar tersebut adalah untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai projek pembinaan mega di dalam negara.

Pengurus Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, Encik Stesen Austin mengalu – alukan kedatangan para pelajar dan memberikan taklimat mengenai Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

Selepas sesi taklimat, para pelajar diberikan peluang untuk melawat sebuah tapak pembinaan bawah tanah, iaitu Stesen Sentul Timur.

Maklumat penting telah disampaikan oleh Pembantu Pengurus Pembinaan MMC-Gamuda KVMRT (T), Encik Ernest Ho.

Lawatan itu berakhir dengan hidangan ringan disajikan untuk semua pelawat.


07 September 2017
SEMINAR KUARTERS DAN TEMPAT TINGGAL PEKERJA 2017

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menganjurkan Seminar Kuarters dan Tempat Tinggal Pekerja 2017 di Pusat Latihan KVMRT, Sungai Buloh pada 7 September 2017.

Peserta-peserta seminar tersebut adalah warga kerja daripada MRT Corp, MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd, Kontraktor Pakej Kerja bagi Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dan beberapa agensi kerajaan.

Tujuan seminar ini adalah untuk mendidik para peserta tentang pelbagai isu yang berkaitan dengan pekerja asing.

Memulakan agenda pada hari tersebut, Pengurus Kanan Bahagian Pembinaan, Kualiti dan Keselamatan CIDB Malaysia, Encik Khairunnizam Sulaiman membentangkan satu kajian kes mengenai ‘Perubahan Bagi Tapak Pembinaan Sementara, Kemudahan dan Tempat Tinggal Pekerja.’

Salah satu perkara yang dibincangkan adalah menjelang 2020, Kerajaan telah mensasarkan pengurangan lebih daripada 50% bagi kematian dan kecederaan di tapak kerja akan tercapai.

Pakar Kesihatan Awam, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Jabatan Keselamatan Selangor, Dr Noriah Ismail kemudiannya membentangkan kajian bertajuk ‘Pengawasan dan Statistik Penyakit Berjangkit bagi Penyakit Berjangkit di Kalangan Pekerja Asing di Selangor.’

Beliau menyatakan bahawa sebelum ditawarkan pekerjaan, semua pekerja asing di Malaysia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Amalan ini, yang dimulakan pada 1997 merupakan kerjasama di antara Kementerian Kesihatan dan Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA).

Salah satu daripada pemeriksaan bagi penyakit berjangkit adalah Ujian Tuberkulosis (TB), memandangkan TB boleh menyebabkan kematian kerana ia boleh menyerang mana mana bahagian tubuh badan.

Selepas waktu rehat, Profesor Madya Dr Rozanah Abdul Rahman dari Universiti Putra Malaysia (UPM) memaklumkan kepada peserta seminar mengenai kajian yang sedang dijalankan oleh UPM dan CIDB Malaysia.

Ia sedang mengkaji isu – isu yang dihadapi oleh majikan dalam sektor pembinaan mengenai pekerja asing dan tempatan.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menggalakkan peserta untuk memberi maklumbalas mengenai pengalaman mereka kepada beliau semasa waktu rehat.

Selepas itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Tuan Wan Zulkifli Wan Setapa menyampaikan ceramah mengenai ‘Pengurusan Pekerja Asing dan Keadaan Semasa Tenaga Kerja di Malaysia’.

Beliau bercakap tentang dasar dan undang – udang semasa yang mengawal selia pekerja asing di negara ini dan sejarah gelombang pertama pengambilan pekerja asing di Malaysia yang bermula pada tahun 1982, kemudiannya berkembang pada tahun 1990 untuk menampung keperluan pekerjaan megikut pembangunan ekonomi serta memenuhi kekosongan jawatan yang tidak menarik minat penduduk tempatan.

Selepas makan tengah hari, penceramah kedua terakhir bagi seminar tersebut, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Encik Mohd Zulhairi Mohd Nor membincangkan tentang ‘Perundangan dan Prosedur Pengendalian Pekerja Asing.’

Beliau menerangkan tiga jenis pekerjaan yang ditawarkan kepada pekerja asing; tidak mahir, formal dan kerja –kerja 3D, di mana setiap jenis pekerjaan mempunyai keperluan berbeza dan mesti mematuhi undang – undang masing-masing.

Beliau juga turut membincangkan pelbagai punca mengapa bilangan pekerja tanpa izin di Malaysia tinggi.

Sebagai penamat seminar, Pegawai Bahagian Keselamatan dan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tuan Amiruddin Shukri Omar menyampaikan pembentangan bertajuk ‘Keperluan-keperluan Tempat Tinggal Sementara Pekerja Pembinaan’.

Pembentangan itu bertumpu kepada mengenal pasti bahaya kebakaran dan memahami risiko keselamatan kebakaran yang akan wujud di tempat tinggal pekerja.

Beliau menerangkan bahawa ia adalah penting untuk semua pintu keluar kecemasan tidak dihalang bagi memudahkan penggunaannya,

Dalam kebanyakan kes, pintu keluar kecemasan digunakan sebagai bilik stor oleh para pekerja dan ini mesti dihentikan supaya ia dapat memudahkan pergerakan individu yang menggunakan pintu keluar kecemasan sekiranya kebakaran berlaku.

Sebagai tanda penghargaan, Ketua CLQ, Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar MRT Corp, Encik Mohd Yusof Kasiron telah menyampaikan cenderahati kepada semua penceramah seminar.

Seminar ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan kerana semua peserta dapat mengambil langkah untuk meningkatkan dan memperoleh pemahaman lebih lanjut tentang undang – undang pekerja asing dan keperluan tempat tinggal mereka.


Ogos
23 Ogos 2017
MRT CORP PEMENANG DUA ANUGERAH DI ASIA GEOSPATIAL EXCELLENCE AWARDS 2017

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah meraih kemenangan di Asia Geospatial Excellence Awards 2017. Organisasi ini telah memenangi 2 anugerah di Majlis Gala dan Malam Anugerah yang telah diadakan di Marriott Putrajaya pada 23 Ogos 2017.

Tetamu khas majlis gala ini adalah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Dr Hamim Samuri.

Anugerah pertama yang MRT Corp berjaya memenangi adalah dalam Kategori Infrastruktur Pengangkutan untuk pelaksanaan Pemodelan Maklumat Bangunan Tahap 2 (Building Information Modelling Level 2) bagi reka bentuk dan pembinaan Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).

Pemodelan Maklumat Bangunan merupakan proses mencipta dan menguruskan maklumat pembinaan projek sepanjang kitaran hidup projek itu, di dalam persekitaran maya. Ia membolehkan pengguna untuk menggambarkan, bekerjasama dan menganalisis setiap aspek dalam reka bentuk kejuruteraan.

Anugerah kedua yang dimenangi oleh MRT Corp ialah dalam Kategori Kejuruteraan Digital untuk Sistem Maklumat Geografi (Geographical Information System) bagi Laluan SSP. Kemenangan ini merupakan kerjasama di antara MRT Corp, MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dan AECOM Asia.

Sistem Maklumat Geografi merupakan satu alat pemetaan lanjutan yang direka bentuk untuk memapar, menyimpan, memanipulasi, menganalisis dan membentangkan semua jenis data geografi. Ia membolehkan data dari semua bahagian, untuk disatukan dari segi akses kepada maklumat dan dibentangkan pada satu peta interaktif yang membolehkan keputusan dibuat dan soalan sukar dijawap dengan lebih cepat dan berkesan.

Anugerah-anugerah ini memberikan pengiktirafan kepada inovasi-inovasi dan amalan yang ulung dalam maklumat geografi dan teknologi.

Mengulas tentang pencapaian ini, Timbalan Pengurus Besar Perancangan dan Reka Bentuk MRT Corp Encik Yeap Beow Heng berkata beliau terkejut tetapi bangga dengan pencapaian ini. Sistem ini yang bermula pada awal 2016, telah membuahkan hasil dan kerja-kerja diteruskan untuk menambahbaikkan lagi sistem ini.


22 Ogos 2017
SEMINAR CABARAN YANG DITEMPUHI UNTUK MENYEMPURNAKAN KVMRT

SEBUAH seminar berkenaan cabaran-cabaran yang ditempuhi semasa penyempurnaan Projek Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) telah dilangsungkan di The Royale Chulan Damansara pada 22 Ogos 2017.

Seminar ini telah dianjurkan oleh Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Malaysia (GJPBM) dengan kerjasama Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) untuk menyediakan platform untuk para peserta industri rel memperolehi pengetahuan berkenaan cabaran-cabaran yang ditempuhi semasa pembinaan Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Datuk Dr. Ir. Abdul Latif Mohd Som, pengerusi GJPBM dan ahli lembaga pengarah MRT Corp, telah memulakan seminar dengan memberikan kata-kata aluan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri kemudiannya menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan seminar.

Ucapan utama oleh Professor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dari Universiti Sains Malaysia dan seorang anggota suruhanjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyusul kemudian.

Er Poh Seng Tiok dari Perancangan dan Reka Bentuk MRT Corp merupakan penyampai yang pertama dan dia membentangkan perancangan dan konsep keseluruhan laluan menyeluruh reka bentuk dan jajaran. Dia bermula dengan rangka kerja untuk perancangan dan reka bentuk disusuli oleh reka bentuk skim keretapi, pemeriksaan awam, pengurusan nilai, penambahbaikan reka bentuk dan berakhir dengan penggunaan inovasi  dan kemajuan kejuruteraan digital untuk laluan kedua MRT, Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).

Puan Amira Razad Mohd Mustafa dari MMC-Gamuda, rakan pelaksana projek untuk laluan SBK dan SSP, kemudiannya bercakap tentang topik struktur dan infrastruktur, dengan tumpuan kepada kemampanan keselamatan dan penyeragaman.  Antara bidang yang disentuh adalah ciri-ciri keselamatan Laluan SBK, kemampanan komponen-komponen struktur dan penyeragaman tema stesen, tiang dan panjang rentangan.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Marcus Karakashian, Pengarah MRT Corp untuk MRT Laluan SBK.

Sesi petang bermula dengan ceramah berkenaan seni bina oleh Puan Aniza Abu Bakar dari MMC-Gamuda.  Dia menyampaikan pengoptimuman stesen melalui penyelarasan laluan menyeluruh tipologi dan applikasi untuk stesen khusus tapak.  Menurutnya, cabaran yang ditempuhi oleh stesen bertingkat MRT adalah dalam bidang konteks tapak, reka bentuk dan perancangan, kebolehan membina dan operasi.

Ini diikuti oleh taklimat daripada Ir Muhamad Zulqarnain Ismail, Perancangan dan Reka Bentuk MRT Corp tentang pengawalan bangunan, peraturan zon perlindungan kereta api dan pematuhan.  Dia menengahkan insiden-insiden, peraturan, peralatan dan pemantauan.

Seminar ini tamat dengan ceramah berkenaan sistem-sistem transit oleh Encik Thilagara Punusamy dari Sistem Elektrikal dan Mekanikal MRT Corp yang menerangkan tentang sistem-sistem yang diperlukan untuk sebuah sistem transit yang moden.

Antara sistem yang diperlukan adalah tren eletrik, pengawalan semboyan dan tren, bekalan dan pengedaran tenaga dan telekomunikasi dan perantaraan dan integrasi sistem kereta api.


21 Ogos 2017
MAJLIS MERAIKAN PENAMAAN STESEN MANULIFE SEMANTAN

PENAMAAN Stesen Semantan sebagai Stesen Manulife Semantan telah diraikan pada 21 Ogos 2017.

Sebuah majlis pelancaran telah dilangsungkan diikuti oleh minum ucap selamat di Stesen Manulife Semantan itu sendiri.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Manulife Malaysia (Manulife) sempena kejayaannya menjadi pelesen Program Hak Penamaan Stesen Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp).

Program ini membenarkan nama, logo atau penjenamaan produk pelesen untuk dikaitkan dengan sesebuah stesen.

Empat lesen telah dimiliki setakat ini; pemilik tiga lesen lagi adalah Pavillion Pusat Bandar Damansara, Pavillion Kuala Lumpur Bukit Bintang dan Aeon Maluri.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Pengarah Komersial dan Pengurusan Tanah telah mewakili MRT Corp untuk majlis ini.

Semasa sidang media yang diadakan, beliau berkata pelesen-pelesen daripada Program Hak Penamaan Stesen ini akan mendapat manfaat dari jumlah penumpang yang tinggi dan juga keterlihatan stesen-stesen MRT yang tinggi.

Haris juga berkongsi yang Manulife bukan hanya akan mendapat manfaat daripada pendedahan sebuah stesen tetapi juga peluang untuk jenamanya kelihatan sepanjang jajaran dimana Stesen Manulife Semantan akan dapat dilihat di atas semua peta di stesen dan tren, dan juga disebut semasa pengumuman di dalam tren.


10 Ogos 2017
KUMPULAN AFFIN HWANG CAPITAL GROUP MELAWAT PROJEK MRT

KUMPULAN Affin Hwang Capital, merangkumi pelanggan dari MNRB Holdings Berhad, VCAP Asset Managers Sdn Bhd dan lain-lain telah melawat Projek MRT pada 10 Ogos 2017.

Lawatan ini telah melibatkan tinjauan mesra ke Pusat Kawalan Operasi (OCC), Sungai Buloh dan perjalanan menggunakan keretapi MRT.

Bagi memulakan acara hari itu, Ketua Kejuruteraan Keretapi Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) Encik Ramli Shafie telah mengalu-alukan kedatangan hadirin ke OCC.

Di sini, beliau telah memberi sebuah penyampaian ringkas mengenai  struktur perkhidmatan MRT.

Beliau menerangkan bahawa Rapid Rail adalah pengendali keretapi manakala Rapid Bus mengendali perkhidmatan bas perantara untuk perkhidmatan MRT. Kedua-dua organisasi ini merupakan anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA).

Selain daripada mengendali perkhidmatan MRT, Rapid Rail juga adalah pengendali LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling, LRT Kelana Jaya dan Monorel. Jumlah kesemua perkhidmatan ini adalah sepanjang 150.9km.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal-Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Dato’ Najmuddin Abdullah kemudiannya memberikan maklumat ringkas tentang MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) dan maklumat lebih terperinci berkenaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP).

Beliau menyatakan bahawa kemajuan semasa projek ialah pada 10.75%. Kemajuan ini berada pada tahap yang ditetapkan untuk fasa pertama memulakan operasi pada suku kedua 2021 manakala keseluruhan operasi laluan ini ialah pada suku kedua 2022.

Untuk seksyen bawah tanah projek, Najmuddin menerangkan bahawa 10 mesin pengorek terowong (TBM) yang telah digunakan untuk Laluan SBK akan digunakan untuk Laluan SSP. Disamping itu, 2 TBM baru telah dibeli oleh MRT Corp dan akan dibawa dari China pada penghujung Ogos 2017. Kerja-kerja bawah tanah akan bermula pada suku pertama 2018.

Sebelum menaiki keretapi, Ketua Pusat Kawalan Operasi MRT Laluan SBK Rapid Rail Puan Sofiah Hussein telah membentangkan ciri-ciri OCC.

Bercakap tentang OCC dari dek paparan, beliau menjelaskan bahawa ini merupakan hab di mana semua keretapi di pantau bagi Laluan SBK. Setiap aktiviti keretapi dipantau di sini dan individu yang bekerja di OCC dapat mengawal setiap keretapi. Landasan poket di Stesen MRT Phileo Damansara dan Maluri telah dibina untuk keretapi tambahan dikerahkan, jika diperlukan pada masa yang singkat.

Lawatan ini berakhir dengan bas perantara khas menghala ke Stesen Kampung untuk para delegasi menuju ke Stesen MRT Maluri.

 

 


09 Ogos 2017
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH “SPOT THE MRT TRAIN” DAN “CATCH THE MRT CRUISER”

UNTUK membantu meningkatkan kesedaran tentang fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) yang akan dibuka pada 17 Julai 2017, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menganjurkan kempen “Spot the MRT Train” dan “Catch the MRT Cruiser” dari 30 Mei 2017- 20 Jun 2017.

Kempen ini melibatkan sebuah pertandingan fotografi dan juga pemberian cenderahati MRT kepada individu yang telah dapat mengenal pasti lokasi MRT Cruiser. Kenderaan ini telah dipandu selama 12 hari ke 12 stesen yang berlainan sepanjang jajaran selatan dan seksyen bawah tanah Laluan SBK.

Satu majlis penyampaian hadiah telah dianjurkan pada 9 Ogos 2017 di Pusat Informasi MRT Seri Kembangan untuk meraikan pencapaian para peserta.

Bagi pertandingan fotografi, para peserta perlu mengambil gambar keretapi MRT yang sedang menjalani sesi pengujian di bahagian selatan jajaran Laluan SBK. Mereka kemudiannya perlu memuat naik gambar tersebut ke Instagram mereka dengan #SpotTheMRT dan tag @MRTMalaysia untuk menyertai pertandingan.

Pertandingan ini telah menerima sebanyak hampir 80 penyertaan yang layak. Tiga pemenang utama akan membawa pulang kamera GoPro Hero5 Black 4K Ultra HD, kamera Ricoh Theta dan DJI Osmo Mobile.

Pemenang pertandingan fotografi ini adalah Encik Muhammad Imran Zikri. Imran, 17 tahun, telah berjaya membawa pulang sebuah kamera GoPro Hero5 Black 4K Ultra HD.

Bercita-cita untuk menjadi seorang videographer, Imran, dari SMK Seksyen 10 Kota Damansara berkata, “Saya berasa sangat bangga dapat membawa pulang kamera ini sebagai juara. Banyak masa dan usaha telah dihabiskan untuk menangkap gambar ini. Saya telah mengambil masa selama 2 jam untuk mendapatkan gambar yang saya impikan.”

"Spot the MRT Cruiser” pula telah melibatkan orang awam di sepanjang jajaran selatan dan bawah tanah di mana mereka berkongsi tempat-tempat yang menarik di persekitaran stesen dengan memberikan komen di Facebook MRT Malaysia. Edisi terhad Touch ‘N Go MRT dan barangan MRT seperti payung, kemeja t, buku nota dan mainan teka-teki telah diberikan kepada mereka.

Kempen ini yang telah menarik minat hampir 1,000 peserta juga mempunyai cabutan bertuah bagi memenangi 5 baucar Giant dengan nilai RM200 setiap satu.

Bercakap semasa majlis penyampaian hadiah, Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Hal-Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp Encik Leong Shen-Li berkata kejayaan kempen ini membuktikan bahawa orang awam sedar dengan perkhidmatan MRT. Individu-invididu ini telah memainkan peranan penting dalam kejayaan Laluan SBK.


07 Ogos 2017
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Melawat Projek MRT

A VISIT was made to the Mass Rapid Transit (MRT) Project by Women, Family and Community Development Minister Dato’ Sri Rohani Abdul Karim on 7 August 2017.

12 members of the People with Disabilities Council and 8 senior citizens joined Rohani for the visit.

Rohani arrived at the Tun Razak Exchange Station at 2.05pm and was given a tour of the station by Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Sungai Buloh-Kajang (SBK) Line Project Director Mr Marcus Karakashian.

Karakashian explained to Rohani that this station is the deepest underground station.

Due to the depth levels of the station, there are 2 sets of lifts; one lift catering to individuals from the street level to the unpaid concourse level and another from the paid area on the concourse level to the platforms.

Features for people with disabilities have been catered for such as a special wider lane at the automatic fare collection gates for individuals on wheelchairs and tactile tiles for those who are visually impaired.

The delegates then took a train ride to the Muzium Negara Station.

Here, Karakashian highlighted that each of the 7 underground stations have its own themes which can be seen on the interior design and benches.

In fact, these benches were designed by College and University students who had entered a competition organised by MRT Corp and MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd to determine the winning benches.

 “I am glad that I managed to have a ride on the MRT service and I feel excited for what is to come in the future. MRT Corp has managed to cater for the disabled community and I can only imagine on what is to come in the future,” said Rohani.

The visit ended with Rohani and the delegation returning to the Tun Razak Exchange Station.


Julai
25 Julai 2017
UNDIAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA MRT LALUAN SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA

Pengundian bagi kontraktor Bumiputera untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) telah diadakan di Menara Usahawan, Putrajaya pada 25 Julai 2017.

Sesi ini telah dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementerian Kerja Raya.

Lapan (8) subkontrak pakej-pakej kerja dengan jumlah nilai RM4.0 juta telah diundi untuk memilih Kontraktor Bumiputera Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia Gred G1 hingga G4 bagi kerja-kerja pembinaan Laluan SSP.

Keputusan pengundian itu adalah seperti berikut:

GRED KONTRAKTOR

KONTRAKTOR YANG DIANUGERAHKAN

SKOP KERJA

PAKEJ KERJA

G1

Siticom Engineering

Pemotongan Pokok termasuk Pemindahan dan Pembuangan Pokok/Tempat Penyimpanan Bahan Akar Sawit (bertentangan Menara Celcom)

Bawah Tanah

 

 

G1

Cassia Naga Enterprise

Pembinaan dan Penyiapan Kerja-Kerja Saliran untuk Persilangan 1 & Syaf Pengudaraan 1

Bawah Tanah

 

G1

Keramat Jati Enterprise

Pemotongan Pokok dan Pemindahan sepanjang R.O.W Jalan Ampang

Bawah Tanah

 

G1

Kamal Hadi Enterprise

Pembinaan dan Penyiapan Perangkap Lodak di Stesen Kampung Baru Utara

Bawah Tanah

 

G1

RJR Mega Enterprise

Pembinaan dan Penyiapan Sungai Bunus di Stesen Kampung Baru Utara

Bawah Tanah

 

G2

Aliena Sya Enterprise

Pembinaan dan Penyiapan Gelanggang Serbaguna di Kuarters Pekerja

Bawah Tanah

 

G3

Kemilau Unggul Sdn Bhd

Kerja-Kerja Luaran bagi TPSS (Saliran)

V201

G4

Aiman Platinum Sdn Bhd

Pembinaan bagi Pejabat Tapak Baru/Stor bagi JKR, BER dan OPD di Persilangan 1 HKL dan Syaf Pengudaraan 1

Bawah Tanah

 

 

 

Pengundian telah dijalankan oleh Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas ‘F’ Malaysia (PERKOBF Malaysia) Encik Tukiman Radion, Pengurus Besar Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Ir. Kamarudin Mohd Saleh, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya Malaysia Encik Zureen Zubir,  wakil dari Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Jabatan Perdana Menteri Puan Farisyah Ibrahim, dan wakil dari MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd Puan Anis Mardhiah Mukhtar.

Ketua Pegawai Integriti MRT Corp Dato’ Zainal Adam turut hadir sebagai saksi dan menyertai sesi undian itu.

Sebaik sahaja selesai pengundian, Pengurus Besar Perhubungan Bumiputera MRT Corp Encik Zarif Zainul menjelaskan bahawa para kontraktor yang telah dianugerahkan kontrak akan diberikan surat pelantikan.

Pengundian seterusnya bagi kontraktor Bumiputera akan diadakan pada bulan September 2017.

 


25 Julai 2017
Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Testing Out Sungai Buloh-Kajang Line OKU Facility

PARA PEGAWAI dari Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) melawat Projek MRT dan menaiki tren MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) pada 25 Julai 2017.

Enam pegawai yang hadir termasuk Presiden POKB Dato' Hj Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad dan Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Datuk Abdul Malik Abdullah memulakan lawatan mereka dari Stesen MRT Kajang.

Objektif lawatan ini adalah untuk mencuba kemudahan yang disediakan di MRT bagi komuniti OKU (orang kurang upaya) di sekitar stesen serta di dalam keretapi.

Seorang ahli jawatankuasa POKB Encik Zakri Kamaruddin yang juga merupakan seorang OKU dan telah mencuba kemudahan yang disediakan.

POKB telah mewujudkan Unit OKU di dalam organisasinya untuk memperkasakan kepentingan peranan OKU di dalam sistem, komuniti dan persekitaraan.

Visi dan misi mereka adalah untuk mengintegrasikan platform sosial dalam memperkasakan OKU dan bukan OKU untuk menyokong pembentukan sebuah negara yang inklusif.

Di dalam keretaapi MRT, para pegawai juga berpeluang untuk menambahkan pemahaman mengenai ciri-ciri menarik di sepanjang Laluan SBK dan juga tentang keretaapi MRT itu sendiri.

Setelah tiba di Stesen MRT Sungai Buloh, para pegawai mengambil gambar untuk memperingati hari itu dan mengakhiri lawatan tersebut.


17 Julai 2017
MRT LALUAN SUNGAI BULOH-KAJANG DILANCARKAN

SATU detik bersejarah telah tercapai. Selepas lebih dari 6 tahun sejak Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan Projek Mass Rapid Transit (MRT) semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 di Parlimen, MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) telah secara rasminya dilancarkan di Stesen Tun Razak Exchange pada 17 Julai 2017.

Projek MRT ini merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Nasional untuk membina sistem pengangkutan awam bersepadu di kawasan Greater Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran Laluan SBK telah dianjurkan di Stesen Tun Razak Exchange menandakan persiapan keseluruhan projek ini. Sebelum ini, Fasa Pertama jajaran Laluan SBK merangkumi 12 stesen bertingkat meliputi jarak sepanjang 20km telah dilancarkan pada Disember 2016. Dengan pelancaran ini, sebanyak 19 stesen baru berjumlah 31 stesen sepanjang 51km mula beroperasi.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan Menteri, pegawai kanan kerajaan dan wakil dari pelbagai pihak dan organisasi yang terlibat dalam projek MRT. Isteri kepada Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, juga hadir di majlis tersebut.

Menyambut tetamu di Stesen TRX ialah Pengerusi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Tan Sri Dr Ali Hamsa yang juga merupakan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Sri Shahril Mokhtar, dan barisan kepimpinan MRT Corp. Turut bersama mereka ialah para wakil dari MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd.

MRT Corp merupakan pemaju dan pemilik Projek MRT sementara MMC-Gamuda ialah Rakan Pelaksana Projek Laluan SBK.

Selepas melancarkan Laluan SBK, Najib telah mengumumkan bahawa perkhidmatan percuma akan diberikan untuk perkhidmatan MRT antara Stesen Muzium Negara dan Stesen MRT Kajang hari ini semasa servis bermula pada pukul 4.00 petang. Beliau juga menyatakan bahawa bermula dari 18 Julai 2017 ke 31 Ogos 2017, kesemua kos menaiki keretapi di Lembah Klang akan diberikan diskaun sebanyak 50%.

Dalam ucapan beliau, Najib menyatakan bahawa kejayaan Projek MRT boleh menjadi contoh yang baik kepada projek-projek mega di seluruh dunia kerana ia siap lebih cepat dari jangka masa yang ditetapkan dan di bawah anggaran kos.

Semasa majlis tersebut, MRT Corp juga telah diserahkan Sijil Pengiktirafan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sijil ini adalah untuk mengesahkan MRT Corp telah berjaya melaksanakan 10 inisiatif anti-rasuah di bawah ikrar integriti korporat syarikat.

Penyerahan sijil dilakukan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato’ Azam Baki kepada Shahril dan disaksikan oleh Perdana Menteri.

Setelah selesai aktiviti rasmi di Stesen TRX, Perdana Menteri bersama tetamu yang lain telah menaiki keretapi MRT ke Stesen Stadium Kajang, di mana mereka turun dan terus ke Stadium Kajang yang berhampiran untuk bahagian kedua majlis pelancaran tersebut.

Di sini, beliau telah disambut oleh lebih 20,000 orang terdiri daripada kakitangan syarikat dan organisasi yang terlibat dalam Projek MRT. Pegawai kerajaan dan orang awam telah juga hadir untuk meraikan pelancaran Laluan SBK yang merupakan detik bersejarah Malaysia.

Beliau telah menyertai orang ramai untuk makan tengahari dengan hidangan makanan yang terkenal di Kajang, iaitu sate.

Perdana Menteri kemudiannya telah menyerahkan sijil kepada 52 peserta Program Usahawan Muda MRT II (MYEP II). Program ini merupakan kerjasama di antara Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), yang menyediakan latihan amali kepada kontraktor muda Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan di industri pembinaan atau keretapi.

Sebagai sebahagian daripada program ini, para peserta sama ada secara individu mahupun dalam perkongsian, telah membentuk 25 syarikat yang akan dianugerahkan 50 kontrak kerja oleh Kontraktor-Kontraktor Pakej Kerja MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP). Jumlah total kontrak-kontrak ini bernilai RM 250 juta.

Bagi mengakhiri formaliti untuk hari ini, sebuah penyampaian kad Touch ‘N Go telah diberikan kepada peserta dari kategori pendapatan isi rumah B40.


Jun
29 Jun 2017
LAWATAN KERJA PENGERUSI MRT CORP

DENGAN hanya kurang daripada tiga minggu sebelum perasmian Projek Mass Rapid Transit (MRT) MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT Laluan SBK), Pengerusi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) yang juga merupakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Dr Ali Hamsa telah membuat satu lawatan mengejut ke Stesen MRT Muzium Negara pada 29 Jun 2017.

Ali memulakan lawatan dari KL Sentral, di mana beliau disambut dan disertai oleh Pengarah Projek MRT Laluan SBK Encik Marcus Karakashian untuk berjalan ke stesen melalui jambatan pejalan kaki.

Marcus telah mengetuai Ali dan delegasi beliau terdiri daripada para individu dari Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan MyHSR Corp.

Jambatan pejalan kaki tersebut yang dibina oleh MRCB telah menarik perhatian Pengerusi MRT Corp kerana kesalinghubungnan stesen dengan Hotel Hilton dan Le Méridien. Ia berpotensi untuk meningkatkan jumlah pengguna perkhidmatan MRT kepada individu yang menetap di hotel-hotel ini.

Bercakap mengenai jambatan pejalan kaki, Pengarah Urusan MRCB Tan Sri Mohd Salim Fateh Din telah memaklumkan Ali bahawa MRCB telah berjaya menjimatkan kos pembinaannya. Rancangan awal laluan bawah tanah telah digantikan dengan jambatan bertingkat dan berjaya mengurangkan kos sebanyak RM330 juta.

Ali juga telah meninjau jambatan pejalan kaki yang menghubungkan Stesen MRT Muzium Negara dengan The St Regis Kuala Lumpur. Beliau agak teruja dengan kerja-kerja pelanskapan dan perumputan yang telah mencantikkan Muzium Negara yang juga merupakan salah satu pintu masuk ke stesen.

Pengerusi MRT Corp juga telah menaiki keretapi ke Stesen MRT Kajang dimana beliau telah berhenti dan melawat stesen-stesen MRT Merdeka dan Tun Razak Exchange.

Bangku-bangku yang direka khas telah dipamerkan kepada para hadirin. Bangku-bangku ini adalah hasil kerja para pelajar yang memenangi Pertandingan Reka Bentuk Bangku Projek MRT.

Lawatan ini berakhir dengan Marcus membawa Ali meninjau Stesen Kajang dan berkongsi maklumat tentang integrasi sistem MRT dan KTM yang terdapat di situ.


16 Jun 2017
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SPAD MELAWAT PROJEK MRT

SATU lawatan ke Projek Mass Rapid Transit (MRT) telah dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Encik Mohd Azharuddin Mat Sah pada pagi 16 Jun 2017.

Delegasi ini turut disertai oleh beberapa warga kerja dari Prasarana Malaysia dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Mereka telah diketuai oleh Pengarah Projek MRT Sungai Buloh-Kajang Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Marcus Karakashian dan Pengarah Terowong dan Stesen Bawah Tanah Laluan SBK Encik Keith Allenby.

Lawatan ini telah bermula dari Ibu Pejabat SPAD yang terletak di Platinum Sentral.

Mereka kemudiannya berjalan menghala ke Stesen MRT Muzium Negara melalui laluan pejalan kaki yang menghubungkan stesen dari Platinum Sentral. Laluan ini merupakan salah satu daripada laluan pejalan kaki yang telah dibina di stesen ini.

Sebaik sahaja tiba di Stesen MRT Muzium Negara, mereka meneruskan perjalanan dengan menaiki keretapi dan turun di Stesen MRT Merdeka. Di sini, para delegasi telah melawat sekitar stesen.

Nancy kagum dengan ciri ikrar kebangsaan yang terpapar di dinding aras ruang legar stesen.

Satu lawatan ke Stesen Kajang telah diadakan dan Marcus telah menunjukkan integrasi yang berkesinambungan antara perkhidmatan MRT dan KTM kepada Nancy dan Azharuddin.

Lawatan itu berakhir dengan perjalanan keretapi kembali ke Stesen MRT Muzium Negara.


13 Jun 2017
Timbalan Menteri Pengangkutan melawat Stesen Kajang

TIMBALAN Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi melawat Stesen Kajang yang terdiri daripada stesen bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan perkhidmatan KTM pada 13 Jun 2017.

Lawatan itu diadakan adalah untuk membolehkan timbalan menteri dan para pegawai beliau memeriksa kemajuan pembinaan stesen memandangkan operasi Fasa Kedua Laluan SBK akan bermula pada Julai 2017.

Seperti di Stesen Sungai Buloh, Stesen Kajang akan mempunyai ruang legar di mana kaunter perkhidmatan pelanggan dan mesin tiket bagi kedua-dua perkhidmatan MRT dan KTM akan diakses melalui ruang legar.

Di stesen, Pengurus Besar Pengurusan Projek KTM Berhad Encik Ismail Said dan Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad Encik Khair Johari Ishak menunjukkan kepada delegasi kemudahan yang terdapat di stesen.

Untuk bahagian MRT, Pengarah Pembinaan Bertingkat Laluan SBK Encik Kamarul Baharim Yusoff berkongsi maklumat lebih lanjut tentang Projek MRT kepada Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Sebelum mengakhiri lawatan, Ab Aziz juga sempat memeriksa kemudahan Tempat Letak Kereta Bertingkat yang terletak bersebelahan stesen. 


09 Jun 2017
Perbadanan Putrajaya Melawat Kuarters Pekerja MRT

PARA pegawai dari Perbadanan Putrajaya (PPj) telah melawat Kuarters Pekerja (Centralised Labour Quarters) Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Klang, di Sungai Buloh pada 9 Jun 2017 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengurusan penginapan sementara pekerja asing.

Sembilan pegawai ini telah melawat CLQ MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) Pakej V201 yang dikendalikan oleh Sunway Construction Sdn Bhd.

Ketua Kuarters Pekerja, Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar MRT Corp Encik Mohd Yusof Kasiron; Pengurus CLQ Sunway Construction Sdn Bhd Lt Col (Bersara) Dianand GA Sadris dan Pengurus CLQ (Bahagian Utara) MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd Encik Putmanathan Supermaniam telah menyambut kedatangan para pegawai tersebut ke kuarters pekerja.

Yusof telah memberi gambaran keseluruhan berkenaan kemudahan ini dan menekankan bahawa 230 pekerja pembinaan warga asing kini ditempatkan di CLQ V201. Tiada kos untuk individu yang menginap di sini kerana kemudahan ini disediakan oleh Projek MRT.

Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja Sementara telah diambilkira dalam pembinaan CLQ  untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang.

Satu tinjauan di CLQ telah dianjurkan kepada pegawai PPj yang kelihatan kagum dengan kemudahan yang disediakan di sana.


08 Jun 2017
IFTAR DI KUARTERS PEKERJA MRT

Bersempena bulan Ramadan, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bersama Rakan Pelaksana Projek MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd dan Kontraktor Pakej Kerja Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Pakej V203 IJM Construction Sdn Bhd, mengadakan satu majlis iftar (berbuka puasa) pada 8 Jun 2017 bersama pekerja di Kuarters Pekerja MRT terletak di Sungai Buloh.

Majlis itu dihadiri oleh Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp Dato’ Najmuddin Abdullah; Ketua Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Encik Yusof Kasiron; Ketua Perhubungan Awam dan Pengurusan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Encik Zamri Hasan; dan  Pengurus Besar Kuarters Pekerja MMC-Gamuda Kapten (B) Dr Mohd Fuad Omar.

Majlis iftar ini merupakan satu cara bagi MRT Corp dan rakan kongsi untuk menghargai para pekerja yang bersama-sama berganding bahu menyiapkan projek MRT.


08 Jun 2017
EMPAT KONTRAK DIANUGERAHKAN KEPADA SYARIKAT BUMIPUTERA BAGI MRT LALUAN SSP

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengadakan sesi undian pertama untuk memilih kontraktor Bumiputera untuk dianugerahkan kontrak pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya pada 8 Jun 2017.

Empat kontrak dengan nilai keseluruhan RM682,567 telah dianugerahkan semasa sesi itu dijalankan. Keempat-empat kontrak telah dipilih dari sejumlah 103 kontraktor Bumiputera dari Gred G1 dan G2 yang layak untuk mengundi.

Penggredan ini ditentukan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board of Malaysia). Kontraktor Gred G1 layak bagi pakej kerja bernilai sehingga RM200,000 dan kontraktor Gred G2 pula layak bagi pakej kerja di antara RM200,001 dan RM500,000.

Daripada empat kontrak yang dianugerahkan, dua daripadanya ialah untuk bahagian bertingkat sementara dua yang lain pula ialah bagi bahagian bawah tanah.

Sesi undian diadakan oleh Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Dato’ Haji Mokhtar Samad, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan Encik Zureen Zubir, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Encik Wan Sazriz Wan Zaid dan Ketua Pegawai Kewangan MRT Corp Dato’ Hairul Abdul Hamid.

Sebanyak 883 kontraktor Bumiputera telah disenaraipendek untuk dianugerahkan kontrak Laluan SSP di bawah program Penyertaan Bumiputera MRT Corp.


Mei
25 Mei 2017
MAJLIS IFTAR BERSAMA MEDIA

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pihak media di Hilton Kuala Lumpur di KL Sentral, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2017.

Majlis ini telah dihadiri kira-kira 100 orang petugas media daripada media cetak dan elektronik.

Selain daripada berbuka puasa bersama-sama pada bulan Ramadan yang suci, majlis tahunan ini merupakan satu cara untuk MRT Corp beramah mesra bersama pihak media dan mengeratkan hubungan di antara kedua-dua pihak.

Majlis ini juga merupakan tanda terima kasih kepada para media atas liputan yang diberikan kepada Projek Klang Valley MRT Lembah Klang, yang telah membantu memaklumkan dan mendidik orang mengenai projek ini.

Sebelum azan Maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka puasa, Pengarah Komunikasi Strategik dan Pihak Berkepentingan Dato’ Najmuddin Abdullah memberi ucapan alu-aluannya.

Selain daripada menekankan kepentingan hubungan yang erat bersama pihak media, beliau telah memberi informasi mengenai kemajuan projek untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang yang beroperasi sepenuhnya pada Julai 2017, dan juga kemajuan untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

 


25 Mei 2017
Latihamal Kecemasan Terowong MRT

RAPID Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), operator Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK), telah menganjurkan satu sesi latihamal kecemasan di dalam terowong MRT berhampiran dengan Stesen Tun Razak Exchange pada 25 Mei 2017 berikutan pembukaan fasa kedua laluan yang dijangka dalam masa dua minggu.

Selain staf Rapid Rail, warga kerja lain dari Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Rakan Pelaksana Projek MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd, juga terlibat dengan sesi itu. Pelbagai perkhidmatan tindakan kecemasan seperti Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis dan Hospital Kuala Lumpur dan Sungai Buloh turut menyertai sesi latihamal ini.

Latihamal ini, adalah sebahagian daripada Pelan Tindakan Kecemasan dan merupakan satu keperluan mandatori yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum satu lesen operasi dikeluarkan untuk landasan kereta api.

Latihamal ini melibatkan satu simulasi di mana sebuah kereta api MRT yang menghala ke arah Stesen Cochrane dari TRX dan secara tiba-tiba, kereta api itu telah tergelincir.  Api mula marak di landasan kereta api.

Kira-kira 400 penumpang, terdiri daripada ahli sukarelawan dari MRT Corp, MMC Gamuda dan Prasarana Malaysia Bhd terpaksa dipindahkan daripada kereta api. Mereka telah dibawa ke laluan kecemasan dan kembali ke Stesen TRX.

Beberapa orang penumpang telah “tercedera” dan juga dua “maut” di tempat kejadian. Mereka yang “tercedera” dan “mayat” telah dibawa keluar oleh warga kerja Pasukan Bomba dan Penyelamat ke Syaf Kecemasan 3, yang terletak di Bulatan Kampung Pandan. Syaf ini dibina untuk pemindahan kecemasan.

Mangsa yang tercedera telah segera dirawat oleh warga kerja hospital manakala mereka yang memerlukan rawatan segera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur menaiki ambulans.

Latihamal ini dianggap berjaya dengan semua pihak telah menjalankan peranan masing-masing mengikut pelan tindakan kecemasan.


23 Mei 2017
Para Ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Majlis PBT Diberi Taklimat Berkenaan MRT Laluan SSP

SEBUAH taklimat tentang kemajuan Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang- Putrajaya (Laluan SSP) telah dianjurkan untuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 23 Mei 2017 oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd, sebagai rakan pelaksana projek ini.

Antara mereka yang hadir ialah Encik Chua Tian Chang (Ahli Parlimen Batu), Dr Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong), Cik Elizabeth Wong (Ahli Parlimen Bukit Lanjan), Puan Noor Hanim Ismail (Adun Seri Serdang) dan Encik Sivarasa K. Rasiah (Ahli Parlimen Subang).

Ahli Majlis dan para pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Perbadanan Putrajaya turut menghadiri sesi ini.

Mereka telah dijemput menghadiri taklimat memandangkan kawasan mereka terletak di sepanjang jajaran Laluan SSP dan kawasan pilihan raya mereka akan terjejas akibat kerja pembinaan.

Sesi ini telah diadakan di Pusat Latihan KVMRT, Sungai Buloh dan Pengarah Projek Laluan SSP MRT Corp Dato’ Amiruddin Ma’aris telah menyampaikan taklimat tersebut.

Selain itu, Amiruddin menerangkan bahawa keseluruhan pembinaan kini berada di 7.5% siap. Jelas beliau, angka ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa bantuan dan usaha yang diberikan dari pelbagai pihak berkepentingan termasuklah Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Majlis PBT semasa fasa awal pembinaan projek.

Melihat pula kepada bahagian bawah tanah, laluan kini berada di tahap 8.7% siap.

Amiruddin  menyatakan bahawa lapan mesin pengorek terowong (TBM) sedang dibaikpulih. Kesemua TBM ini pernah digunakan bagi pembinaan MRT Sungai Buloh-Kajang dan akan digunakan semula untuk Laluan SSP apabila kerja membaikpulih mesin selesai dijalankan.

Empat TBM dijangka akan dilancarkan untuk kerja mengorek terowong pada suku pertama tahun hadapan.

Sejumlah 12 TBM akan digunakan untuk menggali terowong, lapan daripadanya dibaikpulih manakala empat mesin yang lain adalah mesin pengorek terowong baru yang sedang diperoleh oleh Kontraktor Kerja Bawah Tanah Laluan SSP, MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd.

Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Majlis PBT, disertai oleh pihak media, kemudiannya meneruskan lawatan ke tapak pembinaan di Prima Damansara. Semasa di tapak pembinaan, mereka telah diberi taklimat oleh Pengurus Pembinaan MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd Encik Danny Tan dan juga Pengurus Keselamatan Sunway Construction Group Berhad Encik Ruslan Anwar. 

Tan berkata tapak ini merupakan tapak di mana tiang MRT yang pertama untuk Laluan SSP disiapkan dan kini sedia untuk menyokong jejambat bertingkat.

Taklimat ini diakhiri dengan sidang akhbar yang diadakan di pusat latihan sebelum para tetamu menjamu makan tengah hari yang telah disediakan. 


18 Mei 2017
PELAWAT DARI KOREA SELATAN MELAWAT PROJEK MRT

DUA belas individu dari Korea Rail Road Corporation (KORAIL), Korea Selatan telah melawati Projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 18 Mei 2017 yang lalu.  

 

Bertujuan untuk menyiasat dan mempelajari industri keretapi di Malaysia, matlamat KORAIL adalah untuk membida bagi Projek Kelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapore (MyHSR).

 

Oleh itu, sebelum melawat Projek MRT, mereka telah juga melawat Projek Express Rail Link Sdn Bhd.

Lawatan mereka telah bermula dengan lawatan ke Bangunan Pusat Pentadbiran MRT yang terletak di Depoh MRT Sungai Buloh.

 

Disini, mereka telah dibawa ke galeri Pusat Pengoperasian MRT (OCC).

 

Pengarah Sistem Elektrikal dan Mekanikal MRT Corp Encik Tarenjit Singh Khella telah menerangkan tentang peranan MRT Corp dan Prasarana Malaysia Berhad dalam projek ini. Beliau telah dibantu oleh Puan Quein Nam yang membantu menterjemahkan informasi daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Korea.

 

Tarenjit juga telah menyatakan ciri-ciri OCC dan memberikan maklumat tentang informasi yang dipaparkan menunjukkan pergerakan siaran langsung setiap keretapi yang kini beroperasi.

 

Selepas lawatan ke OCC, para hadirin telah menaiki bas perantara khas untuk ke Stesen MRT Sungai Buloh.

 

Pengurus Projek I Pembinaan Bertingkat MRT Corp Encik Asnan Ayob telah menyambut dan mengetuai mereka dalam satu tinjauan mesra ke stesen sebelum menaiki keretapi ke Stesen Pusat Bandar Damansara telah diberi.

 

Penerangan lanjut berkenaan ciri-ciri keretapi dan landasan telah disampaikan oleh Asnan seperti penghadang bunyi, yang merupakan informasi yang menarik buat para hadirin.

 

Ini adalah kerana di Korea Selatan, keretapi tidak dibina menggunakan laluan bertingkat kerana para penduduk akan merungut ia menyumbang kepada pencemaran bunyi dan juga akan menghalang dari pemandangan yang cantik dari rumah mereka.

Lawatan ini merupakan satu lawatan yang berhasil bagi pelawat dari Korea Selatan.


17 Mei 2017
WARGA KERJA DARI PELANCONGAN MALAYSIA MELAWAT PUSAT INFORMASI MRT

WARGA kerja dari Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, lebih dikenali sebgai Pelancongan Malaysia, melawat Pusat Informasi MRT di Seri Kembangan pada 17 Mei 2017.

Warga kerja yang diketuai oleh Pengarah Komunikasi Korporat Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof telah disambut oleh Timbalan Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Leong Shen-Li.

Delegasi yang terdiri daripada 20 warga kerja telah diberi taklimat ringkas tentang keseluruhan Projek Mass Rapid Transit Lembah Klang oleh Leong. Beliau menjelaskan akan kepentingan Projek di Lembah Klang yang akan memberi perkhidmatan kepada penduduk yang semakin meningkat di sekitar kawasan itu.

Selain menyentuh tentang operasi yang sudah bermula bagi sebahagian Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang, Leong juga menekankan laluan kedua MRT, Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang sedang dibina.

Selain menyediakan informasi kepada warga kerja, Leong menerangkan peranan dan perbezaan antara MRT Corp dan Prasarana Malaysia Bhd, yang merupakan operator Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

Sesi ini diakhiri dengan gambar berkumpulan dan jamuan ringan yang disediakan untuk para delegasi.


17 Mei 2017
DELEGASI PERMODALAN DARUL TA’ZIM MENAIKI TREN MRT

TUJUH pegawai dari Permodalan Darul Ta’zim telah menaiki tren MRT pada 17 Mei 2017 sempena lawatan ke Projek MRT Lembah Klang.

Delegasi ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Darul Ta’zim Tuan Haji Lukman Abu Bakar.

Mereka tiba di Stesen Semantan pada pukul 9:30 pagi dan disambut oleh Pengarah Strategik Komunikasi dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp Dato’ Najmuddin Abdullah yang telah memberi taklimat ringkas mengenai Projek MRT dan manfaatnya kepada penduduk di Lembah Klang.

Mereka kemudiannya menaiki tren di Stesen Semantan menghala ke Stesen Kwasa Damansara. Sepanjang perjalanan, Najmuddin menjelaskan tentang struktur projek MRT yang boleh diguna pakai untuk projek mereka akan datang.

Di Kwasa Damansara, delegasi telah dibawa melawat di sekitar stesen. Ketua Perhubungan Awam dan Pengurusan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd Encik Zamri Hassan telah mengetuai lawatan dan menunjukkan ciri-ciri stesen tersebut termasuk kawasan letak kereta yang luas bagi pengguna MRT.

Delegasi kemudiannya telah kembali ke Stesen Semantan di mana lawatan tersebut berakhir. 


15 Mei 2017
KEMPEN DERMA DARAH MRT

SATU kempen derma darah telah dianjurkan oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) di Pusat Informasi MRT, Sri Kembangan pada 15 Mei 2017.

Kempen itu yang dianjurkan bersama dengan MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd, Rakan Pelaksana Projek, telah berlangsung dari pukul 10 pagi sehingga pukul 3 petang dan mendapat sambutan yang baik dari orang ramai.

Pusat Darah Negara telah menempatkan beberapa orang jururawat dan staf di Pusat Informasi MRT bagi membantu kempen tersebut.

Selain daripada makanan ringan, cenderamata MRT turut diberikan kepada 50 penderma darah pertama. 


13 Mei 2017
JEJANTAS STESEN MRT SURIAN-SUNWAY NEXIS DIBUKA SECARA RASMINYA

JEJANTAS pejalan kaki yang menghubungkan Stesen Surian MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang dan Sunway Nexis SOHO telah dibuka secara rasminya pada Sabtu, 13 Mei 2017.

Jejantas sepanjang 80m itu merupakan jejantas pertama yang menghubungkan stesen MRT dengan pembangunan swasta bersebelahan, yang siap dibina sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai.

Majlis pembukaan ringkas telah diadakan di pintu masuk ke jejantas di Sunway Nexis, dengan wakil dari Sunway Group, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Badan Pengurusan Bersama Sunway Nexis dan tetamu jemputan lain.

Pembinaan jejantas ini telah dilaksanakan oleh Sunway PKNS Sdn Bhd, pemaju Sunway Nexis.

Pembukaan itu telah dilancarkan dengan acara meletupkan belon dan memotong kek berbentuk tren MRT. Ucapan yang telah disampaikan oleh Pengarah Projek, Pengurusan Projek Sunway PKNS Encik Adly Sham dan Timbalan Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Encik Leong Shen-Li.

Sempena pembukaan jejantas, Sunway Nexis telah mengadakan bazaar hujung minggu yang dianjurkan oleh Caring Moms. Majlis ini juga diadakan bersempena dengan sambutan Hari Ibu.

Jejantas yang dibuka itu menghubungkan Pintu Masuk B Stesen Surian dengan Aras Satu Sunway Nexis. Dengan pembukaan jejantas itu, Sunway Nexis juga menawarkan tempat letak kereta bagi penumpang MRT sebagai kemudahan letak kereta.


13 Mei 2017
MRT CORP MENYERTAI PROGRAM NEGARAKU@KOMUNITI PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menyertai Program Negaraku@Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diadakan di padang Presint 9, Putrajaya pada 13 Mei 2017.

Ia merupakan satu peluang bagi MRT Corp untuk bertemu dengan penduduk di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan memberi maklumat tentang MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan juga MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dengan menggunakan Trak Informasi MRT.

Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sebaik sahaja upacara pembukaan dilangsungkan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan telah melawat setiap organisasi yang mengambil bahagian dalam majlis itu dan menyampaikan sijil penghargaan. Majlis itu diakhiri dengan pengumuman pemenang cabutan bertuah dan penyampaian hadiah.

Selain daripada MRT Corp, beberapa badan kerajaan yang lain turut mengambil bahagian dalam majlis itu. Majlis itu mendapat sambutan meriah daripada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya.


11 Mei 2017
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN I MELAWAT MRT LALUAN SUNGAI BULOH-KAJANG

TIMBALAN Menteri Kewangan I Dato' Wira Othman Aziz mengetuai delegasi daripada Kementerian Kewangan pada lawatan ke Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) pada pagi ini.

Othman tiba di Stesen Pusat Bandar Damansara dan kemudian menaiki kereta api ke Stesen MRT Kwasa Damansara. Beliau diiringi oleh Ketua Pegawai Kewangan MRT Corp Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Sdn Bhd Laluan SBK Tuan Haji Isom Azis.

Di Stesen Kwasa Damansara, delegasi itu menaiki bas perantara untuk ke depoh MRT di Sungai Buloh.

Othman pada mulanya diberikan taklimat semasa sesi tertutup mengenai operasi di laluan SBK sebelum dibawa untuk melawat Pusat Kawalan Operasi dan juga Pejabat Penyelenggaraan Stok Keretapi.

Selepas berada di depoh tersebut, rombongan delegasi sekali lagi menaiki bas perantara dan ke Stesen Sungai Buloh di mana mereka menaiki kereta api MRT untuk kembali semula ke Pusat Bandar Damansara.


09 Mei 2017
DELEGASI GHANA MENGAMBIL PELUANG MENAIKI MRT

SATU kumpulan yang terdiri daripada enam pegawai kerajaan Ghana yang diketuai oleh Menteri Pemantauan dan Penilaian Hon. Dr. Anthony Akoto Osei telah menaiki tren MRT pada 9 Mei 2017.

 

Mereka telah disambut mesra oleh Timbalan Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Encik Leong Shen-Li di Stesen MRT Pusat Bandar Damansara.

 

Para pegawai telah diberi token sebelum Leong menunjukkan bagaimana untuk menggunakan token mereka di pintu masuk tiket automatik. Sebelum menuju ke eskalator, Leong memperkenalkan keseluruhan laluan Laluan Sungai Buloh-Kajang yang terdiri daripada 31 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah.

 

Sementara menunggu ketibaan tren, Leong telah menyampaikan taklimat ringkas projek kepada para pegawai di platform stesen. Selepas itu, mereka menaiki tren ke Stesen MRT Bandar Utama. Peranan dan perbezaan di antara MRT Corp dan Rapid Rail turut dijelaskan semasa dalam perjalanan.

 

Sebaik sahaja tiba di Stesen Bandar Utama, Leong membawa mereka melihat di sekitar stesen. Beliau menunjukkan jejantas yang sedang dibina untuk menghubungkan Kompleks Membeli-Belah 1 Utama dan dijangka siap pada bulan Julai. Dengan jejantas ini, penumpang boleh ke pusat membeli-belah dengan mudah.

 

Selepas berjalan melihat sekitar stesen, mereka kembali ke Stesen MRT Pusat Bandar Damansara. Semasa di dalam tren, Leong mengucapkan terima kasih kepada para pegawai di atas kesudian mereka melawat Projek MRT.

 

Para pegawai telah dijemput melawat MRT oleh Pemandu Associates Sdn Bhd.


04 Mei 2017
Lawatan Sambil Belajar Universitas Negeri Padang, Indonesia

PELAJAR dari Universitas Negeri Padang, Indonesia telah melawat Ibu Pejabat Korporat Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 4 Mei 2017 untuk mengetahui lebih lanjut tentang operasi Sumber Manusia.

 

Delegasi yang diketuai oleh Pengarah Pengurusan Induk Ibu Erni Masdupi telah disambut mesra oleh Pengarah Strategik Sumber Manusia Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Zainudin Ismail.

 

Beliau memulakan penyampaian dengan taklimat keseluruhan Projek Mass Rapid Transit (MRT) dan menerangkan berkenaan Projek MRT yang telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi di Malaysia. Beliau turut menekankan bahawa MRT dibina untuk menampung penduduk Lembah Klang yang akan dijangka mencapai angka 10 juta penduduk.

 

Selepas berkongsi maklumat tentang MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang dan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, beliau membincangkan mengenai 4 tema strategik untuk mencapai Petunjuk Prestasi (KPI) MRT, iaitu pengurusan kos projek secara efektif, pengurusan bersama pihak berkepentingan secara efektif, pengurusan projek dan kecemerlangan operasi secara efektif dan pembangunan modal insan.

 

Dalam usaha untuk mencapai KPI, MRT Corp telah menyerap beberapa kaedah dalam proses pengambilan dan pemilihan pekerja, di mana pelbagai semakan latar belakang individu berprospek dilakukan seperti memastikan bahawa mereka berada dalam kewangan yang stabil dan tidak akan memudaratkan mana-mana pekerja yang berpotensi dan dana syarikat.

 

Zainudin juga membincangkan tentang keseimbangan hidup bekerja di dalam organisasi ini, program latihan dan kemudahan yang disediakan serta operasi perancangan tenaga kerja.

 

Beliau mengakhiri penyampaian dengan pembentangan pelbagai skim pekerjaan. Antaranya ialah Skim Jurutera Muda dan Program Jurutera Offset.


April
28 April 2017
PERSIDANGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PERKERJAAN 2017

SEMPENA Pertubuhan Buruh Antarabangsa meraikan Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (World OSH Day) setiap tahun pada 28 April, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menganjurkan sebuah persidangan selama dua hari semasa sambutan tersebut.

 

 

 

Dianjurkan di Pusat Latihan Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT), Sungai Buloh pada 27 – 28 April 2017, tema untuk sambutan tahun ini adalah ‘Mengoptimumkan Pengumpulan dan Penggunaan Data OSH.’ Tema ini telah memberi tumpuan kepada keperluan kritikal tempat kerja untuk meningkatkan kapasiti untuk mengumpul dan menggunakan data keselamatan dan kesihatan (OSH) yang mantap.

 

 

 

Persidangan OSH ini telah dianjurkan dengan tujuan untuk mendidik MRT Corp, Kontraktor Pakej Kerja, MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd dan para individu dari agensi-agensi kerajaan berkenaan pelbagai isu keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan.

 

 

 

Ia telah dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Tuan Haji Omar Mat Piah. Dalam ucapan beliau semasa pelancaran, “Saya amat gembira Projek MRT telah mengambil tindakan yang selaras dengan Akta 514 OSH Akta 1994”. Akta ini ialah ‘Akta untuk memastikan peruntukan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja, melindungi orang lain dari risiko atau keselamatan dan kesihatan yang berhubungkait dengan aktiviti di tempat kerja.’

 

 

 

Satu sesi penyampaian hadiah untuk beberapa pertandingan yang telah dianjurkan sebelum Hari OSH juga berlangsung semasa persidangan. Pertandingan ini membabitkan MRT Corp, MMC-Gamuda KVMRT (PDP) dan Pakej Kontrak Kerja (WPC) yang terbabit dalam Projek MRT. Anjuran ini telah bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap OSH. Pengiktirafan pencapaian terdahulu dalam MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) juga telah dianjurkan untuk WPC.

 

A prize giving ceremony for the various competitions organised prior to the OSH Day was also held during the conference. The competitions involved MRT Corp, MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd and Work Package Contractors (WPC) involved in the MRT Project. These were organised to increase the awareness of OSH practices. Recognition of previous performance successes in the MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) Line was also done for the WPCs.

 

Proceedings for the first day of the conference involved talks from distinguished individuals from the OSH community in Malaysia.

 

Hari pertama persidangan dimulakan dengan ceramah oleh beberapa individu terkenal dalam komuniti OSH di Malaysia.

 

Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia Dr Vivien How telah memulakan persidangan dengan memberikan sebuah penyampaian tentang ‘Building a Safe and Healthier Nation: Are We There Yet’. Beliau telah memberikan maklumat bahawa peningkatan pekerja yang paling tinggi adalah dalam industri pembinaan. Oleh yang demikian, ia sangat penting untuk memastikan keselamatan pekerja tidak diambil ringan. Antara perkembangan yang ada adalah bahawa kini terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan pengetahuan tentangnya. Majikan dan juga pekerja perlu senantiasa bekerja keras untuk mencapainya.

 

 

 

‘Mandatory and Enforcement on Scaffolding Requirement’ merupakan topik kedua persidangan yang telah diberikan oleh Encik Mohd Khairi Kamarulzaman dari DOSH. Khairi telah menerangkan tentang kepelbagaian cara perancah dan peraturan yang individu perlu patuhi. Antaranya ialah sebelum perancah digunakan, ia perlu diperiksa oleh individu yang telah diperakui untuk memastikan ia selamat untuk digunakan. Individu ini biasanya akan memeriksa perancah berada dalam keadaan yang baik terutamanya dengan cuaca di Malaysia yang boleh menjejaskan keadaannya.

 

 

 

Selepas makan tengah hari, Ir Tan Yean Chin, seorang ahli Board of Engineers Malaysia telah memberi penyampaian berkenaan kerja-kerja sementara pembinaan. Semasa penyampaian, beliau telah menerangkan kepada para hadirin bahawa kerja-kerja paling bahaya ialah kerja sementara. Pelbagai contoh musibah yang telah berlaku dari projek-projek pembinaan di dalam negara telah ditunjukkan. Tan memuji Projek MRT di mana projek ini merupakan projek pembinaan yang satu-satunnya ada penyelia bawah tanah untuk kerja yang dilalukan di bawah tanah.

 

 

 

Di akhir hari pertama, Ketua Bahagian Keselamatan, Kesihatan dan Kualiti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Tuan Haji Sazali Che Amat telah bercakap tentang ‘Akta 520 CIDB dan Keperluan Piawaian Perancah.’ Beliau menerangkan bahawa CIDB mempunyai hak untuk mengesahkan peralatan pembinaan dalam sektor pembinaan termasuk perancah selaras dengan peraturan Seksyen 33C (1). Para kontraktor juga telah disyorkan untuk mendapatkan Sijil Piawaian dan Pematuhan yang dikeluarkan oleh CIDB selepas mereka menerima peralatan dan barang dari pembekal. Dengan adanya sijil, barang-barang akan dianggap sah dan sesuai untuk digunakan dalam industri pembinaan. 

 

 

 

Hari kedua persidangan telah bermula dengan Ketua Kuarters Pekerja, Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar MRT Corp Encik Yusof Kasiron memberi penyampaian tentang Kad Laporan OSH Projek MRT. Beliau membentangkan statistik kejadian MRT Corp yang lepas bagi MRT Laluan SBK dan sasaran bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP). Penambahbaikan bagi MRT Laluan SSP telah dilaksanakan untuk MRT Corp dan WPC belajar dari pembinaan Laluan SBK. “Kesilapan adalah bertujuan untuk pembelajaran dan bukan untuk diulangi”, kata Yusof.

 

 

 

Pengarah Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar MMC Gamuda-KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd Encik Steven Walton telah menerangkan tentang pendekatan keseimbangan kad skor dalam industri pembinaan. Pada masa ini, beliau menyebut bahawa MRT Corp bersama MMC-Gamuda selaku Rakan Pelaksana Projek memainkan peranan penting dalam menetapkan tahap penilaian kepada WPCs. Contoh tahap penilaian yang baik harus ditunjukkan oleh pengurusan tertinggi kedua-dua pihak supaya menjadi contoh kepada syarikat lain.

 

 

 

Sebuah sesi tentang keselamatan mengangkut barangan berat telah diadakan oleh Pengurus Keselamatan dan Kesihatan IJM Construction Sdn Bhd Encik Mohd Yusaini Mohd Yusof. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil ketika aktiviti ini berlangsung terutamanya apabila bekerja di kawasan yang terhad dan kecil. Banyak perancangan perlu diambil oleh organisasi-organisasi lain bagi memastikan kerja-kerja akan berjalan dengan lancar. Sebuah video tentang pemasangan jejantas Stesen MRT Taman Pertama telah ditunjukkan kepada para hadirin kerana ia telah dilaksanakan oleh IJM Construction Sdn Bhd.

 

 

 

Ketua Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd Encik Christopher Fenton telah menerangkan tentang kerja-kerja perobohan dan langkah keselamatan yang perlu diambil. Tapak pembinaan Projek MRT mempunyai laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan awam. Ini dibina untuk keselamatan orang awam yang mungkin melalui kawasan ini.

 

  

 

Pengurus Persekitaran Kesihatan dan Keselamatan Siemens Malaysia Sdn Bhd Puan Noraini Daliman telah menerangkan tentang langkah keselamatan yang perlu diambil ketika memasang keretapi. Kereta MRT, yang dipasang di kilang pemasangan keretapi di Rasa, Selangor, merupakan satu-satunya kilang sepertinya di Malaysia. Siemens bekerjasama dengan SMH Rail Sdn Bhd. Semua kakitangan di sini perlu menjalani kursus pengurusan keselamatan elektrik sebelum memulakan kerja mereka.

 

 

 

Satu penyampaian tentang Pengurusan OSH yang diamalkan telah diberikan oleh Encik Kumalan Jeyacelan dari RD Resources Sdn Bhd. Pembabitan syarikat ini dalam Projek MRT adalah ia telah dianugerahkan kontrak bagi bangunan tempat letak kereta bertingkat di Stesen Bandar Tun Hussein Onn. Beliau mengatakan bahawa ketika kerja pembinaan berlangusung, syarikat beliau perlu melaporkan kepada MMC-Gamuda tentang status kemaskini berkenaan dengan keselamatan yang mungkin berlaku. Dengan ini, keselamatan selalu dipertingkatkan dan latihan luaran selalu dianjurkan untuk kakitangannya.

 

 

 

Penyampai kedua terakhir persidangan ini ialah Encik Alan Beaty dari MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd. Beliau telah membincangkan tentang ‘Safety Aspect in Launching Girder Operation’. Topik ini sangat menarik kepada para hadirin kerana pasukan beliau, sentiasa bekerjasama dengan kakitangan pengurusan trafik projek. Pelan pengurusan trafik perlu sedia ada dan maklumat terkini harus dikemaskini dari masa ke semasa.  Ini adalah kerana jentera berat biasanya melalui jalan raya yang sesak dan pelan yang jitu harus diadakan.

 

 

 

Penyampai terakhir persidangan ini ialah dari Encik Alan Beaty yang merupakan Pengurus Tapak Antarabangsa Pelatih Skim Latihan Keselamatan. Beaty yang sedang melawat Malaysia untuk beberapa hari, mempamerkan kepada para hadirin mengenai pelbagai had jalanraya di Lembah Klang untuk pejalan kaki. Masalah tingkahlaku pemandu dan juga persekitaran kawasan landskap yang kurang sesuai dilihat sebagai satu masalah di negara ini. Beliau menekankan walaupun Stesen MRT adalah berdekatan dengan lokasi beliau, namun akses ke stesen dengan berjalan kaki adallah agak sukar.

 

 

 

Persidangan yang berlangsung selama dua hari dilihat sebagai satu kejayaan dan semua hadirin telah diberikan segulung sijil penyertaan. Persidangan seperti ini membantu MRT Corp dan rakan kongsi untuk mempamerkan kepentingan keselamatan dalam projek yang sedang dijalankan.

 


26 April 2017
WAKIL MISI WARGA ASING MELAWAT KUARTERS PEKERJA MRT

WAKIL dari kedutaan Bangladesh dan Indonesia telah melawat Kuarters Pekerja V202 AZSB Sdn Bhd Sungai Buloh bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) pada 26 April 2017.

Lawatan ini telah membolehkan Kaunselor Buruh Bangladesh Encik Sayedul Islam dan Atase Pengangkutan Kedutaan Indonesia Kapten Mochamad Abduh melihat taraf perumahan yang disediakan oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bagi pekerja-pekerja yang terlibat dalam pembinaan MRT Laluan SSP.

Sebaik sahaja mereka tiba di Kuarters Pekerja, mereka telah disambut oleh Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp Dato’ Najmuddin Abdullah dan Ketua Perhubungan Awam dan Pengurusan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd Encik Zamri Hassan.

Ketua Kuarters Pekerja, Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Encik Yusof Kasiron kemudiannya telah memberi taklimat tentang inisiatif Kuarters Pekerja Projek MRT.

Dibina pada tahun 2012, sebanyak 11 Kuarters Pekerja telah dibina bagi menempatkan pekerja MRT Laluan SBK. Untuk MRT Laluan SSP pula, 13 Kuarters Pekerja telah dibina. Tiga daripadanya terletak di Sungai Buloh, sebuah di Cochrane manakala sembilan buah lagi akan dibina di Serdang, untuk menempatkan pekerja bahagian selatan jajaran MRT Laluan SSP.

Mereka yang hadir turut dibawa meninjau sebahagian Kuarters Pekerja. Diketuai oleh Pengurus Besar Kuarters Pekerja MMC-Gamuda Kapten (R) Dr Mohd Fuad Omar dan Pengarah Pematuhan dan Piawaian MRT Corp Tuan Syed Mahdhar Syed Hussain, Sayedul dan Mochamad telah dapat melihat kemudahan dan ciri-ciri yang terdapat di Kuarters Pekerja. Tahap kawalan keselamatan seperti pengimbasan cap jari dan wajah juga digunakan untuk mengawal orang yang masuk atau keluar dari Kuarters Pekerja.

Tinjauan tersebut meliputi bilik rawatan, beberapa buah bilik pekerja, dapur pusat, dan tandas dan tempat mandi pekerja.

Mengulas tentang kemudahan di Kuarters Pekerja, Sayedul berkata beliau begitu tertarik dengan kemudahan yang disediakan oleh MRT Corp. Beliau berkata kehidupan selesa yang telah disediakan oleh MRT Corp akan dapat memastikan produktiviti yang baik dari pekerja.

Lawatan tersebut berakhir dengan pemberian plak kepada wakil warga asing sebagai tanda terima kasih dari MRT Corp bersempena lawatan ke Kuarters Pekerja.

18 April 2017
Pameran Memacu Agenda Bumiputera 2017

Pameran Memacu Agenda Bumiputera 2017 yang telah diadakan baru-baru ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 18 April 2017 – 19 April 2017 menyaksikan penyertaan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam pameran ini sebagai sebahagian daripada Agenda Bumiputera yang telah dipacu oleh organisasi ini.

 

Semasa pameran ini, Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

 

Hala tuju ini merupakan program dimensi strategik bagi syarikat dan individu Bumiputera dalam usaha untuk mengukuhkan penyertaan ekonomi masyarakat. Hala tuju ini adalah penting memandangkan 68.6% individu di Malaysia terdiri daripada rakyat Bumiputera.

 

Dalam ucapan beliau sebelum pelancaran, Najib menekankan inisiatif “Carve Out & Compete” di mana sekurang-kurangnya 40% hingga 50% nilai kontrak, penjual atau peluang perniagaan dalam projek mega akan diberikan kepada syarikat Bumiputera.

 

MRT Corp telah dikenalpasti sebagai projek yang berjaya melihat kepada 51% kontrak pakej kerja bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang telah dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera. Selain itu, organisasi ini telah menetapkan contoh yang baik dengan menganugerahkan sebanyak 50% ruang niaga di stesen Laluan SBK kepada sembilan syarikat Bumiputera.

 

MRT Corp turut meletakkan Trak Informasi di kawasan yang strategik di dalam dewan pameran untuk pelawat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang projek dan juga penyertaan Bumiputera. Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Sri Shahril Mokhtar dan Ketua Pegawai Kewangan Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid sempat melawat trak dan disambut mesra oleh individu dari Program Keusahawanan Muda MRT II yang turut hadir ke pameran itu.


18 April 2017
Delegasi dari Arab Saudi melawat Projek MRT

SEMPENA sesi perkongsian ilmu antara Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan Unit Pelaksanaan dari Arab Saudi, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menyambut para delegasi ke Projek MRT pada 18 April 2017.

Seramai tujuh orang delegasi yang terdiri daripada individu dari Unit Pelaksanaan Arab Saudi dan Pengarah PricewaterhouseCoopers (PwC) dari kedua-dua bahagian Timur Tengah dan Malaysia berpeluang bertemu Pengarah Projek Laluan SBK Encik Marcus Karakashian di Pusat Kawalan Operasi Bangunan Pentadbiran MRT.

Mereka kemudiannya meneruskan lawatan ke Pusat Kawalan Operasi. Marcus menerangkan kepada para delegasi tentang peranan MRT Corp dan Rapid Rail Sdn Bhd berkenaan Laluan SBK.

Depoh keretapi MRT merupakan depoh yang terbesar di Asia Tenggara dan kemudahan seperti kawasan bangsal stok keretapi turut ditunjukkan kepada para delegasi.

Mereka kemudiannya menaiki bas perantara MRT dari Pusat Kawalan Operasi ke Stesen MRT Sungai Buloh. Sebaik tiba di stesen, Marcus menerangkan kepada para delegasi tentang integrasi yang wujud antara perkhidmatan MRT dan KTM. Ruang legar telah dibina untuk perjalanan yang lancar dan mudah di antara kedua-dua perkhidmatan.

Lawatan itu diakhiri dengan perjalanan menaiki keretapi ke Stesen Semantan dan para delegasi telah memaksimumkan peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai projek itu.


17 April 2017
BANK OF CHINA MELAWAT PROJEK MRT

SATU kumpulan delegasi dari Bank of China, cawangan Shanghai melawat Projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 17 April 2017. Mereka telah dibawa ke Pusat Informasi MRT Jalan Sultan Azlan Shah dan 10 delegasi tersebut diketuai oleh Penolong Pengarah Jabatan Koordinasi Pelaburan Asing Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Cik Teo Cho Cheng.

 

Timbalan Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Leong Shen-Li memberi pengenalan kepada para delegasi berkenaan Projek MRT.

 

Beliau telah menjelaskan kepentingan Projek MRT di Lembah Klang. Kepadatan rakyat yang semakin meningkat dan bilangan kereta semakin bertambah di Lembah Klang perlu dikurangkan. Projek rel seperti Projek MRT telah dimulakan untuk mencapai matlamat ini.

  

Selain menyediakan informasi mengenai MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, Leong turut menjelaskan tentang cadangan Laluan Lingkaran MRT yang berpotensi sama seperti konsep yang sedia ada di Beijing, China.

 

Di samping itu, penjelasan mengenai pelaksanaan pintu platform automatik di Projek MRT, yang tidak seperti projek rel lain di Malaysia, telah mengagumkan para delegasi.

 

Lawatan berakhir dengan jamuan ringan.


15 April 2017
Pameran Hartanah Malaysia (MAPEX)

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd menyertai Pameran Hartanah Malaysia 2017 (MAPEX 2017) yang telah diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur dari 14 April – 16 April 2017.

 

Bertemakan “Sambungan Lebih Baik untuk Kehidupan Mampu Milik”, organisasi ini telah dijemput untuk menyertai pameran sebagai projek mega infrastruktur yang akan mengubah Greater Klang Valley.

 

Pengangkutan awam dan projek mega infrastruktur seperti Projek MRT mengubah bandar-bandar bagi penduduk yang kian bertambah dengan memainkan peranan penting dalam mengawal kesesakan.

 

Memberi ucapan semasa perasmian pembukaan, Pengerusi Pengurusan dan Bekas Presiden dan Penaung Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia MAPEX 2017 Datuk Ng Seing Liong berkata, “MRT yang telah dilancarkan baru-baru ini dan Projek LRT dan MRT yang akan datang mengubah gaya hidup penduduk kerana mereka akan menggunakannya untuk berulang-alik ke kerja.”

 

Menteri Pengangkutan Dato’ Sri Liow Tiong Lai merasmikan majlis dan menekankan bahawa pembangunan berorientasikan transit akan menjadi semakin bernilai bagi pembangunan negara pada masa kini.


Mac
24 Mac 2017
Lawatan Babson College USA dan UNIRAZAK Malaysia

USAHAWAN muda Babson College USA, baru-baru ini telah menyertai satu sesi taklimat bersama Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Dato’ Najmuddin Abdullah untuk meninjau operasi dan pembangunan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Diadakan di Pusat Informasi MRT Jalan Ipoh pada 24 Mac 2017, sesi ini bertujuan untuk menambah pengetahuan berkenaan ‘pendidikan keusahawanan’ kerana UNIRAZAK merupakan perkongsian eksklusif dengan Babson College melalui model dan program pembangunan keusahawanannya.

Para pelajar sangat berminat dengan perbincangan tentang cabaran dan peluang yang telah dihadapi oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) sepanjang keseluruhan pembangunan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Turut bersama Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp Dato’ Najmuddin Abdullah pada sesi itu ialah Pengurus Kanan Bahagian Integriti MRT Corp Muhammad Sree Abdullah yang membincangkan tentang kepentingan mempunyai jabatan integriti di dalam sebuah organisasi dan juga betapa pentingnya peranan individu sebagai pengadu (whistle blower).

Sesi ini diakhiri dengan gambar berkumpulan dan jamuan ringan yang telah disediakan untuk mereka di Pusat Informasi MRT Jalan Ipoh.


23 Mac 2017
Lawatan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) ke Pusat Kawalan Operasi (OCC)

SEKUMPULAN 40 delegasi dari Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah membuat lawatan teknikal berkenaan sistem Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Klang pada 23 Mac 2017.

Lawatan ini bertujuan untuk membolehkan kakitangan JKR mengetahui tentang pelaksanaan dan operasi Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Lawatan ini bermula di Stesen MRT Pusat Bandar Damansara, di mana Pengarah Projek Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Sungai Buloh-Kajang (SBK) Encik Marcus Karakashian, memberi taklimat ringkas kepada para delegasi. Mereka kemudiannya menaiki keretapi ke Stesen MRT Kwasa Damansara sebelum menaiki bas pengantara ke Pusat Kawalan Operasi (OCC). Sepanjang perjalanan, beliau menerangkan lebih lanjut tentang laluan SBK dan bagaimana ia berkembang ke tahap ini.

Apabila tiba di OCC, delegasi tersebut telah dibawa ke bilik pembentangan untuk mendapatkan pemahaman lanjut berkenaan operasi laluan SBK daripada Ketua Operasi Landasan MRT Laluan SBK Azmi Mohd Zin. Delegasi JKR daripada bahagian Cawangan Kerja Bangunan Am 1 ini teruja untuk mengetahui pengalaman dan cabaran laluan SBK yang MRT Corp dan pengendalinya RapidRail Sdn Bhd telah lalui.

Delegasi tersebut juga diberi taklimat berkenaan pengendalian sistem operasi keretapi automatik serta ciri-ciri keselamatan sistem MRT.

Selepas hidangan jamuan ringan, delegasi JKR tersebut menaiki kereta api kembali ke Stesen MRT Pusat Bandar Damansara.


22 Mac 2017
Delegasi Forum Transformasi Global Melawat Projek MRT Global Transformation Forum Delegates Visits MRT Project

BERIKUTAN Forum Transformasi Global yang diadakan di Kuala Lumpur dari 22 Mac 2017 hingga 23 Mac 2017, seramai 25 delegasi dari Albania, Uganda, Russia dan Portugal telah membuat lawatan ke Projek MRT pada 21 Mac 2017.

 

Delegasi yang hadir adalah dari pelbagai jawatan kerajaan dan berminat untuk melihat sendiri pencapaian kukuh dari Bidang Utama Ekonomi Kebangsaan bagi Greater Kuala Lumpur.

 

Lawatan ini yang telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), membawa para delegasi melawat kawasan Masjid Jamek yang merupakan sebahagian daripada transformasi ‘River of Life’ dan juga Galeri Bandar Kuala Lumpur.

 

Timbalan Ketua Pengurus Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Leong Shen-Li menyambut mesra para delegasi di Stesen MRT Pusat Bandar Damansara. Di sini, mereka kemudiannya menaiki tren untuk perjalanan dua-hala ke Stesen MRT Surian.

 

Semasa lawatan tersebut, para delegasi sempat bertanyakan beberapa soalan berkenaan projek termasuklah sambungan di antara KLIA Ekspres dan MRT. Sambungan antara kedua-dua perkhidmatan ini adalah di Stesen MRT Muzium Negara di mana penumpang boleh menaiki tren ke lapangan terbang melalui KL Sentral.

 

Para delegasi gembira dengan lawatan ke stesen MRT tersebut dan peluang menaiki MRT yang diberikan kepada mereka.


22 Mac 2017
Penyokong Muda Pengangkutan Awam Darat (Young Land Public Transportation Supporters)

ENAM pemuda peminat pengangkutan awam berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) dikendalikan.

Lawatan ahli kumpulan Penyokong Pengangkutan Awam Darat Muda (Young Land Public Transportation Supporters) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), enam daripada mereka - Muhammad Ashraff Adnan, 20; Muhammad Adam Zikry Md Zamran, 17; Razim Mansor, 22; Amirur Rashid Noor Zahid, 17; Ho Yee Tatt Adison, 17 dan Aliff Mohd Rafik, 16 - dapat menaiki MRT dan juga telah dibawa ke Pusat Operasi Kawalan (OCC) dan Rolling Stock Maintenance Office (RSMO) di Sungai Buloh Depoh pada 22 Mac 2017.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada lawatan yang dianjurkan oleh SPAD untuk remaja yang terpilih yang mempunyai minat yang tinggi dalam industri pengangkutan.

Remaja yang meminati pengangkutan awam ini, telah menaiki kereta api MRT dari Stesen MRT Pusat Bandar Damansara sehingga ke Stesen MRT Kwasa Damansara.

Sepanjang perjalanan tersebut, Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Dato' Najmuddin Abdullah telah memberikan informasi secara langsung kepada remaja tersebut tentang ciri-ciri yang menarik tentang landasan keretapi serta ciri-ciri keretapi MRT itu sendiri.

Dari Stesen MRT Kwasa Damansara, kumpulan tersebut telah dibawa ke OCC dengan menaiki bas perantara MRT di mana Penyokong Pengangkutan Awam Darat Muda itu telah diberi taklimat oleh Ketua Penyelenggara Keretapi MRT Laluan SBK Encik Ramli Safie berkenaan sistem operasi keretapi automatik dikendalikan serta ciri-ciri keselamatan keretapi MRT.

Mereka kemudian dibawa ke RSMO oleh Ketua Penyelenggaraan Berat MRT Laluan SBK Encik Mohamad Fikri Mokhy di mana mereka dapat melihat bagaimana keretapi menjalani proses penyelenggaraan di depoh tersebut.

Pada akhir lawatan tersebut, Penyokong Pengangkutan Awam Darat Muda itu bergambar sebelum mengakhiri perjalanan mereka di Stesen MRT Pusat Bandar Damansara.


16 Mac 2017
City Group membuat lawatan ke MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Fasa Pertama)

Ketua Korporat Akses Pengasalan Asia Tenggara City Group Sarah See mengadakan satu lawatan ke MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang baru-baru ini dibuka pada 16 Mac 2017 di Stesen MRT Sungai Buloh.

 

Program ini terdiri daripada 25 orang wakil dari City Group Singapura, Hong Kong dan juga Malaysia. Mereka ini menyertai lawatan selama tiga hari yang mana antara ancaranya adalah melawat pelbagai perancangan Malaysia dalam membangunkan infrastruktur terkini di Malaysia. Atas sebab kepesatan pembangunan di Malaysia, mereka berhasrat untuk melihat sendiri kepesatan pembangunan ini melalui pelbagai syarikat.

 

Mereka menaiki tren MRT dari Stesen MRT Sungai Buloh menuju ke Stesen MRT Pusat Bandar Damansara.

 

Mengetuai lawatan ialah Timbalan Pengurus Besar Komunikasi Korporat Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Leong Shen-Li. Beliau turut diiringi oleh Encik Shahrizal Md Shah dari Jabatan Kumpulan Komunikasi dan Strategik Pemasaran Prasarana Malaysia Berhad.

 

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menguruskan laluan MRT dan merupakan pengendali Laluan SBK.

 

Turut bersama mereka dalam lawatan itu ialah Encik Adi Johan dan Encik Asri Ahmad dari DanaInfra Nasional Berhad.

 

DanaInfra memainkan peranan penting dalam pembangunan Projek MRT; yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Greater KL/Lembah Klang di bawah seliaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

 

Di Stesen MRT Sungai Buloh, para delegasi telah ditunjukkan bagaimana stesen bersepadu dengan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM). Penumpang kini boleh bertukar dari satu laluan ke laluan yang lain melalui ruang legar yang sama dengan mudah. Setiap daripada mereka telah diberikan token untuk menaiki tren.

 

Sementara mereka menunggu tren di aras platform, mereka telah diberi taklimat tentang kerja sistem operasi tren autoamatik dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh MRT Corp dan Prasarana.

  

Kemudiannya mereka menaiki tren dan menuju ke Stesen MRT Pusat Bandar Damansara. Sepanjang perjalanan, Leong Shen-Li mengadakan sesi soal jawab dan turut menjelaskan ciri-ciri khas dan mercu tanda yang terdapat di sepanjang landasan.

 

Lawatan itu berakhir di Stesen Pusat Bandar Damansara di mana para delegasi diberi penjelasan terakhir berkenaan pembangunan komersial MRT Corp dan setiap seorang ahli dari Singapura, Hong Kong dan Malaysia telah diberikan cenderahati.

 


10 Mac 2017
MRT Corp dan PPj Menandatangani Perjanjian Persefahaman

SATU majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Perbadanan Putrajaya telah diadakan di Bilik Kesidang, Level 9, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 10 Mac 2017.

Kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian untuk memeterai kerjasama bagi laluan kedua MRT, MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dengan pembangunan akan datang di Putrajaya terutamanya di Presint 7 yang telah dirancang akan menjadi Pusat Komersial Separa.

Laluan SSP akan merangkumi dari Sungai Buloh ke Putrajaya termasuk Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.

Untuk menyediakan kemudahan bagi penumpang, perjanjian ini bertujuan untuk memperluaskan kerjasama dalam pembinaan kemudahan tempat letak kereta dan kemudahan hentian di stesen akan datang di Putrajaya.

Perjanjian persefahaman ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Sri Shahril Mokhtar dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Seri Haji Hasim Ismail.

Turut menyaksikan majlis ini ialah Pengarah Projek Laluan SSP MRT Corp Dato’ Amiruddin Ma’aris dan Naib Presiden Perancangan Bandar Dato’ Fadlun Mak Ujud.

Berucap pada majlis itu, Datuk Seri Haji Hasim Ismail berkata perjanjian persefahaman ini akan memudahkan laluan bagi pembangunan akan datang di Putrajaya. Dikenali sebagai bandar yang terancang, Perbadanan Putrajaya akan memberi sokongan penuh untuk menyediakan hubungan permulaan dan terakhir kepada para penumpang pengangkutan awam.

Turut hadir ke majlis itu ialah Pengarah Pembinaan Laluan SSP MRT Corp Encik Saidi Muda, Setiausaha Syarikat MRT Corp Encik David Loo Kean Beng, wakil dari Rakan Pelaksana Projek MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Encik Param Sivalingam dan dari Perbadanan Putrajaya ialah Naib President Perkhidmatan Korporat Dato’ Rogaizat Abdullah, Naib Presiden Perkhidmatan Bandar Datuk Azizi Ahmad Termizi, Naib Presiden Jabatan Landskap dan Taman Datuk Baharuddin Aziz dan Naib Presiden Kewangan Nik Shukri Nik Soh dan kakitangan kanan bagi kedua-dua pihak.

Majlis tandatangan ini berakhir dengan gambar berkumpulan dan makan tengah hari.

TAMAT/-


08 Mac 2017
SESI RAMAH MESRA BERSAMA YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI

SEMPENA Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2017, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) telah menganjurkan sebuah sesi ramah mesra bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

 

Berlangsung di Stesen MRT Pusat Bandar Damansara pada 7 Mac 2017, sesi ini bertajuk ‘Choosing LPT As A Career: Meet The Women Who Move Your World.’ Beliau telah membincangkan pelbagai topik antaranya ialah penglibatan lebih ramai wanita dalam industri pengangkutan awam.

 

Antara yang hadir termasuklah para wanita dari Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Keretapi Tanah Melayu Berhad, SPAD, KLIA Ekspres (ERL) dan Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

 

Nancy turut juga disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif ERL Puan Noormah Noor dan Ketua Jabatan Rel dan Infrastruktur Projek Prasarana YB Datin Hajah Norlia Noah.

 

Sesi ini telah dikendalikan oleh penyampai Selamat Pagi Malaysia RTM 1, Cik Tasneem Faisal.

 

Nancy berkata kepada para hadirin yang terdiri daripada wanita sahaja bahawa, “wanita tidak sepatutnya bersaing dengan lelaki, sebaliknya mempertingkatkan kemampuan kita.” Kenyataan ini merujuk kepada peningkatan jumlah wanita yang bekerja dengan organisasi Pengangkutan Awam Darat.

 

Sesi ini diakhiri dengan para hadirin menaiki keretapi MRT dan mengambil perjalanan pulang dari Stesen Pusat Bandar Damansara ke Stesen Mutiara Damansara.


Februari
25 Februari 2017
MRT CORP JUARA MAYBANK GLOBAL MARKETS RUNNING MAN 2017

IA merupakan hari yang penuh dengan kejayaan untuk Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada hari Sabtu, 25 Februari 2017 apabila telah menjuarai pertandingan Global Markets Running Man 2017.

Pertandingan anjuran Maybank ini telah melibatkan 17 pasukan dari 16 organisasi yang berlainan dalam pertandingan yang mencabar ini di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

MRT Corp telah diwakili oleh lima orang tenaga kerja dari pelbagai jabatan.

Mereka telah mengharungi beberapa aktiviti berpasukan, cabaran fizikal dan mental dalam pertandingan tersebut.

Maybank menganjurkan pertandingan sebegini untuk mengekalkan hubungan positif dengan para pelanggan mereka. Penyertaan MRT Corp dalam pertandingan begini juga dapat menggalakkan organisasi tersebut dan juga meningkatkan kesedaran mengenai perkhidmatan mereka.


23 Februari 2017
Delegasi United Kingdom Malaysia Urban Scoping Workshop Melawat Projek MRT

SEMPENA United Kingdom-Malaysia Scoping Workshop yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain Kuala Lumpur, 7 delegasi dari Malaysia dan United Kingdom telah melawat Projek MRT pada 23 Februari 2017.

Para delegasi merupakan pegawai daripada Dana Newton-Ungku Omar. Dana ini menggalakkan perkembangan ekonomi melalui Suruhanjaya Tinggi Britain dan kerajaan Malaysia. Matlamat utamanya ialah memperkukuhkan sains dan inovasi dengan cara mempertingkatkan pembiayaan demi membasmi kemiskninan.

Lawatan ini merupakan salah satu daripada lawatan ke beberapa Projek Malaysia untuk menyelesaikan cabaran bandar dan bagaimana pengangkutan awam dapat menyelesaikannya.

Pengarah Projek Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Marcus Karakashian, telah memberi taklimat kepada delegasi di Wisma MRT. Beliau menyatakan kepentingan system MRT untuk penduduk Lembah Klang dan bagaimana ia dapat membantu mengurangkan bilangan kereta di kawasan tersebut.

Selepas taklimat Marcus, para delegasi telah dibawa ke Stesen Cochrane.

Sejurus tiba di stesen, Marcus telah membawa delegasi untuk meninjau stesen. Kedalaman stesen ialah 25 meter bawah tanah.  Salah satu ciri yang dinyatakan ialah cara-cara untuk membeli tiket di stesen. Pengguna keretapi boleh membelinya menggunakan mesin tiket layan diri atau di kaunter perkhidmatan pejabat pelanggan untuk membelinya.

Delegasi yang diketuai oleh Pengurus Strategik Dana Newton-Ungku Omar Suruhanjaya Tinggi Britain Kuala Lumpur, Puan Izza Ismail telah dibawa ke Stesen Taman Midah untuk mendapatkan pemahaman lanjut tentang stesen bertingkat MRT. Stesen ini sedang menjalani kerja-kerja akhir pembinaan menurut jadual untuk beroperasi pada Julai 2017.

Seterusnya mereka dibawa ke Stesen Semantan di mana para delegasi telah menaiki keretapi MRT menuju ke Stesen Phileo Damansara.

Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah pintu skrin automatik yang telah dipasang di platform. Pintu ini hanya akan dibuka apabila keretapi tiba di stesen. Ini merupakan ciri keselamatan yang sedia ada di stesen MRT bertingkat.

Lawatan berakhir dengan perjalanan menaiki keretapi kembali ke Stesen Semantan.

 


22 Februari 2017
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PEMANDU MELAWAT MRT LALUAN SUNGAI BULOH-KAJANG

KETUA Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan atau Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) dari Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Idris Jalan telah melawat MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang yang telah dibuka baru-baru ini pada 22 Februari 2017.

Antara program lawatan beliau adalah lawatan ke pusat kawalan operasi laluan yang terletak di Depoh MRT Sungai Buloh dan juga menaiki tren dari Stesen MRT Sungai Buloh ke Stesen Semantan.

Mengetuai lawatan ialah Pengarah Projek Laluan SBK Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Marcus Karakashian. Semasa lawatan tersebut, beliau juga telah disambut oleh Ketua Pengendali MRT Laluan SBK Rapid Rail Sdn Bhd Tuan Haji Azmi Mohd Zain.

Rapid Rail merupakan anak syarikat kepada Prasarana Negara Bhd iaitu pengendali Laluan SBK.

Bersama beliau dalam lawatan itu ialah Pengarah Pengangkutan Awam Bandar NKRA dan NKEA bagi Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang Encik Ziad Hafiz Abdul Razak, Pengarah Pasukan Pengurusan Program Encik Nishan MPR Veera Kumar dan beberapa pegawai Pemandu yang lain.

Pemandu telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Projek MRT Lembah Klang yang merupakan salah satu Projek Pintu Masuk bagi Kuala Lumpur Gemilang/ Bidang Ekonomi Utama Negara Lembah Klang.

Semasa di Pusat Kawalan Operasi, Jala telah diberi taklimat tentang bagaiman sistem automatik operasi tren berfungsi dan ciri-ciri keselamatan bagi sistem yang digunakan. Beliau kemudiannya dibawa melihat kawasan simpanan tren di depoh.

Para delegasi kemudiannya menuju ke Stesen MRT Sungai Buloh, di mana Jala telah ditunjukkan bagaimana stesen berhubung dengan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM). Penumpang boleh menggunakan kedua-dua perkhidmatan dengan mudah melalui ruang legar.

Beliau kemudiannya menaiki Tren MRT dan menuju ke Stesen Semantan. Sepanjang perjalanan, Karakashian menjelaskan kepada Jala tentang kepelbagaian ciri-ciri dan mercutanda menarik yang ada di sepanjang jajaran.

Lawatan berakhir di Stesen Semantan di mana delegasi bergambar secara berkumpulan dan setiap ahli delegasi telah diberi cenderahati.


21 Februari 2017
MRT CORP MEMPAMERKAN APLIKASI SISTEM PENGANGKUTAN PINTAR DALAM PENGANGKUTAN AWAM

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah mengambil peluang untuk menekankan teknologi terkini dalam Sistem Teknologi Pintar atau Intelligent Transport System (ITS) di pameran Projek MRT Lembah Klang di Seminar ITS dan Pameran 2017.

Dianjurkan oleh Persatuan Sistem Pengangkutan Pintar Malaysia, pameran ini diadakan di Connexion@Nexus di Bangsar South, Kuala Lumpur dari 21 Februari 2017 hingga 23 Februari 2017.

Pameran ini mempamerkan aplikasi ITS dalam Projek MRT Lembah Klang yang digunakan dalam sistem operasi tren automatik sepenuhnya .

Aplikasi ITS dalam sistem MRT terdiri daripada penyeliaan tren automatik ke kutipan tambang automatik dan juga maklumat masa ketibaan tren kepada penumpang.

Reruai projek MRT Lembah Klang telah menarik ramai pelawat, termasuk Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Kerja Raya dan Ketua Setiausaha Kerajaan Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang juga merupakan Pengerusi MRT Corp.

Ali menyampaikan ucapan utama di seminar tersebut dan beliau menekankan Pelan Malaysia bagi ITS, termasuklah dalam sektor pengangkutan awam.

Peserta seminar juga telah mendapat peluang untuk melawat pusat kawalan operasi bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang sebagai salah satu lawatan teknikal di seminar tersebut.


Januari
12 Januari 2017
AUDIT AKSESIBILITI OLEH KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (Majlis Orang Kurang Upaya) telah menjalankan satu audit aksesibiliti bas MRT, perhentian bas, stesen dan keretapi di Stesen Mass Rapid Transit (MRT) Kwasa Sentral pada 12 Januari 2017.

Ia telah diketuai oleh Ahli Parlimen YB Senator Puan Bathmavathi Krishnan dan Dr Ruzita Mohd Amin, yang merupakan Ketua Unit Orang Kurang Upaya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Audit ini telah dianjurkan khususnya untuk memeriksa kemudahan MRT yang disediakan untuk golongan yang kurang upaya dan membabitkan kakitangan dari Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp), MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd (MMC Gamuda) dan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA).

Untuk memulakan aktiviti, Pengurus Besar Elektrikal dan Mekanikal Perkhidmatan Bangunan MRT Corp Ir. Major (R) Mohamed Shuhaidi Omar telah mengalu-alukan kedatangan juruaudit ke stesen. Naib Presiden Komunikasi Kumpulan dan Strategik Pemasaran PRASARANA, Puan Norazah Abdul Rashid kemudiannya menerangkan jadual aktiviti termasuk perjalanan menggunakan bas perantara dan keretapi MRT.

Sepanjang sesi audit ini, Bathmavathi dan Dr Ruzita telah mengetuai para juruaudit dengan memberi maklum balas mereka tentang perkhidmatan MRT.

Perkara pertama yang dijadualkan untuk sesi audit ini ialah mengaudit bas perantara. Ketua Pembinaan Landasan & Penyelenggaraan Kenderaan, Sistem Elektrikal & Mekanikal MRT Corp Encik Zamri Abas telah mengetuai delegasi untuk menaiki bas perantara.  Di sini, mereka telah membuat perjalanan menggunakan bas perantara, dengan mengikuti laluan T801 yang melalui kawasan Kota Damansara. Mereka juga telah berhenti di salah satu perhentian bas untuk juruaudit mencuba kemudahan landasan yang membolehkan para pengguna kerusi roda menaiki bas.

Selepas perjalanan bas, Arkitek MMC Gamuda Encik Najdi Naimi telah mengetuai tinjauan Stesen Kwasa Sentral. Tempat letak kereta khas untuk individu yang kurang upaya dan juga kemudahan stesen seperti lif dan jubin sentuhan untuk orang buta juga telah ditunjukkan.

Perjalanan menaiki keretapi MRT telah juga dijadualkan di akhir sesi audit di mana juruaudit telah menaiki keretapi dari Stesen Kwasa Sentral ke Stesen Sungai Buloh.

Ketika di atas keretapi, Pengarah Sistem Elektrikal dan Mekanikal MRT Corp Encik Tarenjit Singh Khella telah menyatakan bahawa untuk keretapi MRT, mereka bercadang untuk memasang tali pinggang khas untuk individu berkerusi roda. Dengan ini, keadaan kerusi roda mereka tidak akan berubah apabila keretapi bergerak.

Bathmavathi telah berkata di akhir sesi audit bahawa “Adalah sangat baik Projek MRT menyediakan pelbagai kemudahan bagi orang yang kurang upaya. Walau bagaimanapun, kami berharap agar mereka dapat mengubah segelintir aspek yang telah dinyatakan semasa sesi audit.”

Sesi audit ini telah berakhir dengan makan tengah hari untuk juruaudit.


11 Januari 2017
SATU JUTA PENUMPANG MRT

IA menjadi tarikh yang akan diingati bagi Cik Ng Zhi Wei, 19, apabila menjadi penumpang kesejuta menggunakan perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT). Ng telah mencapainya pada pukul 10.13 pagi pada 11 Januari 2017 – 27 hari selepas pembukaan perkhidmatan Fasa Pertama antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Semantan pada 16 Disember 2016.

Tanpa menyedari situasi ini, beliau telah menggunakan Touch N Go di Stesen Sungai Buloh untuk memulakan perjalanan ke SEGI College, di mana beliau sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang sarjana muda perdagangan.

Beliau mendapat kejutan manis apabila disambut oleh Pengarah Pengurusan Tanah dan Perdagangan MRT Corp Dato’ Haris Fadzilah Hassan bersama Ketua Pengarah Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Dato’ Zohari Sulaiman.

Sejurus selepas pintu tambang dibuka, Haris dan Zohari telah menghampiri Ng dan memaklumkan kepada Ng bahawa beliau merupakan penumpang kesejuta yang menggunakan perkhidmatan MRT.

Beliau telah menerima beberapa cenderahati dari MRT Corp dan Prasarana Malaysia Berhad termasuk sebuah Apple iPad yang terbaru.

“Saya sangat terperanjat; tetapi amat gembira. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Rapid Rail dan MRT Corp untuk hadiah-hadiah ini. Saya sangat gembira dengan perkhidmatan MRT. Sebelum ini, ibu yang menghantar dan mengambil saya dari kolej. Sekarang hanya perlu gunakan MRT dari Sungai Buloh ke Kota Damansara, “ kata Ng.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi MRT Rapid Rail Sdn Bhd Encik Muhammad Isom Azis dan Pengarah Projek MRT Corp Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) Encik Marcus Karakashian.

Dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Naijb Tun Abdul Razak pada 15 Disember 2016, fasa pertama Laluan SBK telah memulakan operasi pada hari selepasnya bersama perkhidmatan percuma bagi promosi satu bulan untuk perkhidmatan keretapi dan bas perantara. Para pengguna hanya akan mula membayar untuk perkhidmatan ini bermula dari 17 Januari 2017.

Dengan sejumlah sejuta penumpang menggunakan perkhidmatan setakat ini, purata harian Laluan SBK adalah 40,000 penumpang.

Perkhidmatan mendapat sambutan paling baik pada hujung minggu di mana penumpang beramai-ramai mencuba perkhidmatan ini. Bilangan penumpang tertinggi yang diraih adalah sebanyak 67,000 penumpang pada Hari Krismas.

Stesen-stesen yang paling sibuk ialah Mutiara Damansara, Sungai Buloh, Bandar Utama, Kwasa Sentral dan Semantan.


Kembali ke Atas

 
Hak Cipta © 2017 Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd(902884V). Semua Hak Terpelihara.