MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd
(MRT Corp)


MASS Rapid Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan ditubuhkan untuk tujuan memajukan dan memiliki aset projek MRT.

MRT Corp ditubuhkan pada September 2011 dan telah mengambil alih pemilikan projek daripada Prasarana Malaysia Berhad pada Oktober 2011.

Tanggungjawab MRT Corp termasuk memantau pembinaan kesemua struktur bertingkat, stesen dan depot projek. Syarikat ini juga memantau kerja bawah tanah yang melibatkan kerja pembinaan terowong dan stesen bawah tanah.

MRT Corp bertanggungjawab ke atas kontrak-kontrak yang terbabit, proses perolehan dan penyelesaian pertikaian selain memastikan kualiti daripada segi kos, penjadualan, kesihatan, keselamatan dan keperluan persekitaran.

Syarikat ini juga bekerjasama dengan pihak lain dalam pembangunan projek MRT, iaitu MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd sebagai Rakan Pelaksana Projek (Project Delivery Partner) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sebagai agensi penyelia.

 

Kembali ke Atas

 
Hak Cipta © 2017 Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd(902884V). Semua Hak Terpelihara.